Monday, December 28, 2009

Dari selatan naik ke tengah?

Hahaha.. Tajuk ini. Hurmmmm.Tak tahu nak letakkan tajuk apa. Harap maaf yea buat kalian. Aku duduk berseorangan di bilik adinda di UIA, dihantar oleh kedua orang tuaku setelah kami 4 beranak (termasuk adinda lelakiku) menginap semalam di rumah saudara di Kepong. Setelah menghantar semua branag-barangku yang memenuhi but ubser ayahanda, beliau mengajak aku mengikutnya menuju ke Kepong pula. Walau pun agak keberatan, namun dituruti jua.

      "Alah.. Kamu ikut je lah. Bukan kelas dah mula pun kan?" Alasan ayahanda, huhu.

Tak apalah. Ikutkan sahaja. Setelah makan malam di Cafe Marhalah Asiah, mereka bergerak kembali ke Kepong untuk mengambil barang bapa saudaraku. Kasihan ayahanda.Beliau memandu tanpa henti seharian. Bayangkan, ulang-alik Kepong-Shah Alam-Rawang-Gombak-Kepong, hurmmmmmm.. Bukan bonda tak volunteer untuk mengambil alih, tapi beliau sendiri yang tidak mahu bonda memandu. Aku apatah lagi. Akhirnya, perjalanan yang sepatutnya berakhir hari ini untuk pulang ke selatan tertangguh. Ayahanda kepenata, bilang bonda. Mereka akhirnya bermalam di rumah seorang lagi saudara kami di Kepong. Inilah untungnya ada saudara-mara merata-rata, haha..

Melepak di bilik adinda membuatkan aku kebosanan malam ini. Kebetulan kedua-dua adindaku sudah bermula kuliah mereka sejak dua minggu yang lalu. Sedangkan aku bakal memulakan kuliah minggu depan. Masalah pendaftaran subjek masih lagi berlaku biarpun pengajianku bakal taman hujung tahun ini. Nak salahkan sistem, persoalan itu sepatutnya dikembalikan kembali kepada pihak pengurusan. Sistem. Siapa yang mereka sistem? Manusia kan? Pihak pengurusan sepatutnya membuat persediaan lebih awal jika peningkatan jumlah pelajar yang kian mendadak berlaku sebab semuanya sudah sedia maklum UiTM akan meningkatkan jumlah pelajarnya dari semasa ke semasa. Kebarangkalian lain mungkin sistem yang digunakan tidak bersesuaian untuk menampung rekod pelajar yang mendadak naik. Satu tindakan yang lebih efektif dan sistematik perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Jumlah pelajar bukan alasan, namun tindakan yang bakal diambil dan pelan jangka panjang perlu dirancang lebih awal sepatutnya. Mungkin ini hanya permulaan kepada yang lebih baik. Mudah-mudahan..

No comments:

Post a Comment