Sunday, December 20, 2009

Counting; 6 days left..



Aku masih lagi membilang hari. Berbaki 6 hari, hurmmmmm... Kan seronok andai masa boleh dilambatkan. Baru sebentar menghantar adinda ke bustand, bus bergerak 0830hrs. Jejaka kesayangannya setia menunggu, haha.. Kakaknya sahaja yang masih begini; seperti setahun yang lalu. Bangun pagi sebab dia ingin membawa bekalan untuk dimakan sesampai di kL. Mungkin mereka berpiknik kowt. Sediakan bekal untuk dua orang. Takkan nak sediakan bekal untuk seorang kan.. Tak kisah la tue. Paling penting, adindaku selamat tiba selamat pulang. Itu sudah memadai. Malam kelmarin menonton cerekarama di TV3; "Kerana Lidahnya". Lakonan yang sangat mengesankan. Kerana mulut badan binasa, huhu. Bagus untuk tontonan bersama, betapa mulut mampu meruntuhkan rumahtangga, memecah belahkan hubungan kekeluargaan, memutuskan persahabatan. Ada juga orang macam nih kat muka bumi ini. Kufur nikmat! Sempat bersembang dengan adinda sebelum tidur semalam. Bercerita mengenai rakan-rakan yang kami kenali. Ada yang telah berkahwin, menyambung pengajian di luar negara, dan ada pula yang jalan hidupnya di luar batasan yang aku sendiri tiada jawapan mengapa beliau memilih jalan hidup begitu. Apa-apa pun, didikan awal anak-anak membentuk siapa diri anak itu di masa akan datang. Adinda menceritakan tentang seorang temannya yang berkahwin tanpa restu keluarga dan yang pasti lebih mengoyakkan tangkai hati bapa temannya itu, anak gadis yang diberi didikan secukupnya dengan penuh kasih sayang selama 20 tahun akhirnya memilih untuk menjadi isteri kedua dengan persetujuan isteri pertama.Walau mendapat persetujuan pun, bukan restu ibu bapa lebih penting ke? Hurmmmm.. Bernikah di sempadan gara-gara bapanya tidak mahu menjadi wali. Bonda awal-awal lagi mengingatkan kami mengenai hal tersebut. macam mana kita merampas kebahagiaan sesebuah keluarga, macam tue jugalah balasan yang bakal diterima. Aku tidak tahu kesudahan kisah teman adindaku itu. Tindakan tergesa-gesa tapa perbincangan. Berita terkini yang beliau sampaikan, temannya itu dibuang keluarga dan sanak saudara kerana perbuatannya itu. Berbaloikah? Ingatan kepada diriku juga. Sedang enak menitipkan kata menggarap ayat, takut tempiasnya terkena diri sendiri. Mohon dijauhkan.


Pulang daripada menghantar adinda, ayahanda mengajak kami ( aku dan bonda) pergi melihat port beliau selalu memancing udang. Bot rakannya hilang kelmarin. Risau akan kejadian sama berulang pada botnya barangkali.

    "Air tinggi. Seronok memancing nih..." bilang ayahanda.

Kami hanya mendiamkan diri. Bukan faham pun, hehe.. Setibanya di rumah, ayahanda segera pulang ke kampung menjenguk orang tuanya di batu 18 Muar. Aku dan bonda akan bergerak usai mengemas rumah. Hurmmm.. Nak bawakan apa ya? Tengok-tengok dalam peti sejuk ada ikan terubuk. Asam pedas jelah. Selesai sudah satu tugas.. Tinggal mengemas rumah sahaja. Hai.. Bonda dah bising suruh kemas pakaian pulang ke kampus.. tamo boleh tak..?? hehe.. Nanti la.. Pakaian ada yang masih nak dipakai. Bawa apa yang patut je, huhu.. Apa yang patut barang aku nih pun ada juga berkotak-kotak akhirnya nanti. Itulah gunanya ada adik lelaki. Tolong angkat barang, hehe... Maaf sayangku Syahmi.. Hurmmmm.. Ada lagu yang pernah menjadi kegilaanku satu masa dahulu. Tapi, sampai sekarang pun aku sukakan lagu-lagu nih.. Jangan ingat aku dengar lagu putus cinta je, haha.. Enjoy this songs kay!








sisi jiwang aku.. Jangan terkejut, lalalalala~

Manusia yang memilih jalan hidupnya sendiri.

5 comments:

  1. Kakak dia memilih sgt kot..nak macam Michael jackson masa dah buat pembedahan, kalau xbuat lagi banyak aku leh cari kat hang...hehehe

    ReplyDelete
  2. sis naj: i'm have no talent on writing a novel la sis... tulis cenggini bley la, haha~

    pak cik: aku wat plastic surgery..?? ori taw..haha~ ko nih.. cpt siapkan blog ko.. aku nak bace.. =)

    ReplyDelete
  3. i think u ley kmbang kn lg til 1 day u rs u mmg talented on dis..hmm

    ReplyDelete