Thursday, December 24, 2009

Counting; 2 days left..



Benci sungguh! 2 hari je tinggal nak membesarkan badan kat rumah. Apalah.. huhu.. Tak apalah. Berbaki satu semester sahaja lagi. kalau bernasib baik, insyaALLAH aku akan grad on time. Harap-harapnya macam tue lah.. Tak mahu menganggur terlalu lama. Bak kata salah seorang lecturer kesayangan aku,

         " parents kamu tahan paling lama kamu sebulan je dekat rumah. Lepas tue, mesti dia akan bising..."


Yelah.. Sebab tak dapat kerja, nauzubillah! Post kali ini aku nak ceritakan apa yang aku dah buat sepanjang vaca nih. Sepanjang cuti yang tak berapa lama ni, naik jugalah badan. Mana taknya, masak makan.. Masak makan.Sambil menunggu chocolate moist cake di dalam oven masak sebenarnya nih. Sebelum nih bukan tak pernah buat kek coklat, tapi yang nih resepi baharu yang aku jumpa dalam salah satu blog kegemaranku. Lebih-lebih lagi, resepi dia lain sikit. Kalau selalunya menggunakan air sejuk bertujuan melembabkan kek, kali ni gunakan cuka bercampur susu sejat a.k.a susu cair ( untuk dijadikan susu masam) . Nak cubalah. Kalau menjadi, boleh buat untuk raya tahun depan. Itu sudah pasti, haha..Saban tahun, resepi yang menjadi bakal menjadi santapan sanak saudara di hari raya. Satu je yang aku belum pass.. Buat kek kukus nenek. Alamak ai.. Kering memanjang. Apalah.. Dua hari lepas, buat kuih talam keladi. Ingat nak buat talam suji, last-last baru perasan, tepung suji tak ada, aisemen..

Aku nih sebenarnya orang yang paling liat turun ke dapur satu ketika dahulu. Habis sahaja UPSR, ayah mengarahkan aku duduk dapur, menuntut dengan dia. Masih aku ingat, lauk pertama yang ayah ajar sup kegemaran dia; sup kambing, haha..

               "Tak payah pergi sekolah. Tak belajar lagi kan?" Sambung ayahanda.


                "Anak dara tak tahu masak. Apalah.. Ayah dulu...." Begitulah bebelan ayahanda.

Masa tue aku baru sahaja berumur 12 tahun. Puas jugalah masa belajar dengan ayahanda. Beliau sangat sistematik semasa menjalankan tiap satu tugas. Tak boleh berlengah. Buat kerja mesti on time. Jangan buat hanya satu kerja dalam satu masa; membazir masa. Maknanya, dalam pada menumis lauk di dapur, mesin basuh baju mesti bergerak, nasi sedang ditanak, dapur sebelah tengah mendidih lauk kedua. Dalam masa kurang daripada 2 jam, semua kerja rumah mesti beres. Fuh!Lepas tue nak tengok TV ke apa ke tak kisah. Apa yang penting, tugasan selesai on time. Kerana itu jugalah sehingga sekarang, dapur adalah tempatku tiap kali pulang bercuti. Tak peduli la sedap atau tidak, itu belakang kira. Apa yang penting aku PUAS. Puas jamu ahli keluargaku dengan air tangan sendiri.Kenapa puas? Sebab hasilnya kita akan dapat lihat waktu tue juga. Ayahanda adalah pengkritik tetap lauk-pauk dan kuih-muih yang dihidangkan. Gerak kerja pun, dah ikut macam beliau.

            "Kurang garam nih. Nanti tambah lagi sikit."
    
            "Asam pedas awak nih cemplang (kurang rasa serba-serbi). Nanti awak tambah..."

Kalau kena dengan citarasa beliau, tahu apa yang beliau kata?

           "Awak nih dah boleh kahwin la imah..."

Hahaha..Begitulah ayahanda. Bonda pula kurang cerewet hal-hal berkaitan rasa kecuali jika ada yang terlebih di dalam masakan, baru beliau akan komen. Bak kata bonda,


           "Kalau kurang rasa boleh tambah perasanya lagi. Kalau terlebih bukan dapat penyakit pula ke?"


Paling tidak, bonda akan komen warna makanan tersebut. Biasanya kuih-muih atau selain daripada nasi putih. Pastikan "presentable", katanya. Terima kasih bonda.. Ayahanda. Kerana membentuk aku yang sekarang.


Tanpa mereka siapalah aku.

4 comments:

  1. yeyueayy..imah mkin m0k..ni sr0nok nii..=p

    ReplyDelete
  2. haah makin gumok.. bsr2 da, hahahahaha~

    ReplyDelete
  3. dari dulu lagi imah & adik2 cekap kat dapur kan? hehehe..share ler resepi yg best ;)

    ReplyDelete
  4. Wsalam..Tak adalah.. Macam biasa je.. Belajar dari yang pakar sahaja. Tak pun tengok resepi dekat internet. Resepi? InsyaALLAH.. Dalam perancangan nak letak koleksi resepi pula lepas nih..

    ReplyDelete