Sunday, December 27, 2009

Counting; 1 day left - Highway

Aku di dalam perjalanan menuju ke Selangor sekarang. Ayah drive, meredah kesesakan highway. Aduhai.. Sesak! Petang, memang area Pedas-Linggi hingga ke Seremban akan sesak, sesesak-sesaknya. Sakitnya kepala, huhu.. Malasnya... Semua ada.

     "Awak macam merajuk imah..." kata bonda.

Bayangkan, kereta Unser ayah penuh dengan barangku sahaja. Daripada baju hingga tilam, semua aku bawa. Nak jimatkan perbelanjaan punya pasal, hahaha.. Pukul berapalah agaknya akan tiba. Rasanya mungkin tidak akan terus ke Shah Alam. Menumpang tidur di rumah saudara mungkin. Ayahanda sudah tidak sekuat dulu. Takkan nak mengharapkan bonda. Aku? Apatah lagi. Belum cekap memandu di lebuhraya. Akhirnya, lancar pergerakan. Dah tak sesak, huhu.. Lapar.. Lapar.. Aku sambung kemudian lah yea...

No comments:

Post a Comment