Monday, December 28, 2009

Dari selatan naik ke tengah?

Hahaha.. Tajuk ini. Hurmmmm.Tak tahu nak letakkan tajuk apa. Harap maaf yea buat kalian. Aku duduk berseorangan di bilik adinda di UIA, dihantar oleh kedua orang tuaku setelah kami 4 beranak (termasuk adinda lelakiku) menginap semalam di rumah saudara di Kepong. Setelah menghantar semua branag-barangku yang memenuhi but ubser ayahanda, beliau mengajak aku mengikutnya menuju ke Kepong pula. Walau pun agak keberatan, namun dituruti jua.

      "Alah.. Kamu ikut je lah. Bukan kelas dah mula pun kan?" Alasan ayahanda, huhu.

Tak apalah. Ikutkan sahaja. Setelah makan malam di Cafe Marhalah Asiah, mereka bergerak kembali ke Kepong untuk mengambil barang bapa saudaraku. Kasihan ayahanda.Beliau memandu tanpa henti seharian. Bayangkan, ulang-alik Kepong-Shah Alam-Rawang-Gombak-Kepong, hurmmmmmm.. Bukan bonda tak volunteer untuk mengambil alih, tapi beliau sendiri yang tidak mahu bonda memandu. Aku apatah lagi. Akhirnya, perjalanan yang sepatutnya berakhir hari ini untuk pulang ke selatan tertangguh. Ayahanda kepenata, bilang bonda. Mereka akhirnya bermalam di rumah seorang lagi saudara kami di Kepong. Inilah untungnya ada saudara-mara merata-rata, haha..

Melepak di bilik adinda membuatkan aku kebosanan malam ini. Kebetulan kedua-dua adindaku sudah bermula kuliah mereka sejak dua minggu yang lalu. Sedangkan aku bakal memulakan kuliah minggu depan. Masalah pendaftaran subjek masih lagi berlaku biarpun pengajianku bakal taman hujung tahun ini. Nak salahkan sistem, persoalan itu sepatutnya dikembalikan kembali kepada pihak pengurusan. Sistem. Siapa yang mereka sistem? Manusia kan? Pihak pengurusan sepatutnya membuat persediaan lebih awal jika peningkatan jumlah pelajar yang kian mendadak berlaku sebab semuanya sudah sedia maklum UiTM akan meningkatkan jumlah pelajarnya dari semasa ke semasa. Kebarangkalian lain mungkin sistem yang digunakan tidak bersesuaian untuk menampung rekod pelajar yang mendadak naik. Satu tindakan yang lebih efektif dan sistematik perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Jumlah pelajar bukan alasan, namun tindakan yang bakal diambil dan pelan jangka panjang perlu dirancang lebih awal sepatutnya. Mungkin ini hanya permulaan kepada yang lebih baik. Mudah-mudahan..

Sunday, December 27, 2009

Counting; 1 day left - Highway

Aku di dalam perjalanan menuju ke Selangor sekarang. Ayah drive, meredah kesesakan highway. Aduhai.. Sesak! Petang, memang area Pedas-Linggi hingga ke Seremban akan sesak, sesesak-sesaknya. Sakitnya kepala, huhu.. Malasnya... Semua ada.

     "Awak macam merajuk imah..." kata bonda.

Bayangkan, kereta Unser ayah penuh dengan barangku sahaja. Daripada baju hingga tilam, semua aku bawa. Nak jimatkan perbelanjaan punya pasal, hahaha.. Pukul berapalah agaknya akan tiba. Rasanya mungkin tidak akan terus ke Shah Alam. Menumpang tidur di rumah saudara mungkin. Ayahanda sudah tidak sekuat dulu. Takkan nak mengharapkan bonda. Aku? Apatah lagi. Belum cekap memandu di lebuhraya. Akhirnya, lancar pergerakan. Dah tak sesak, huhu.. Lapar.. Lapar.. Aku sambung kemudian lah yea...

Thursday, December 24, 2009

Counting; 2 days left..



Benci sungguh! 2 hari je tinggal nak membesarkan badan kat rumah. Apalah.. huhu.. Tak apalah. Berbaki satu semester sahaja lagi. kalau bernasib baik, insyaALLAH aku akan grad on time. Harap-harapnya macam tue lah.. Tak mahu menganggur terlalu lama. Bak kata salah seorang lecturer kesayangan aku,

         " parents kamu tahan paling lama kamu sebulan je dekat rumah. Lepas tue, mesti dia akan bising..."


Yelah.. Sebab tak dapat kerja, nauzubillah! Post kali ini aku nak ceritakan apa yang aku dah buat sepanjang vaca nih. Sepanjang cuti yang tak berapa lama ni, naik jugalah badan. Mana taknya, masak makan.. Masak makan.Sambil menunggu chocolate moist cake di dalam oven masak sebenarnya nih. Sebelum nih bukan tak pernah buat kek coklat, tapi yang nih resepi baharu yang aku jumpa dalam salah satu blog kegemaranku. Lebih-lebih lagi, resepi dia lain sikit. Kalau selalunya menggunakan air sejuk bertujuan melembabkan kek, kali ni gunakan cuka bercampur susu sejat a.k.a susu cair ( untuk dijadikan susu masam) . Nak cubalah. Kalau menjadi, boleh buat untuk raya tahun depan. Itu sudah pasti, haha..Saban tahun, resepi yang menjadi bakal menjadi santapan sanak saudara di hari raya. Satu je yang aku belum pass.. Buat kek kukus nenek. Alamak ai.. Kering memanjang. Apalah.. Dua hari lepas, buat kuih talam keladi. Ingat nak buat talam suji, last-last baru perasan, tepung suji tak ada, aisemen..

Aku nih sebenarnya orang yang paling liat turun ke dapur satu ketika dahulu. Habis sahaja UPSR, ayah mengarahkan aku duduk dapur, menuntut dengan dia. Masih aku ingat, lauk pertama yang ayah ajar sup kegemaran dia; sup kambing, haha..

               "Tak payah pergi sekolah. Tak belajar lagi kan?" Sambung ayahanda.


                "Anak dara tak tahu masak. Apalah.. Ayah dulu...." Begitulah bebelan ayahanda.

Masa tue aku baru sahaja berumur 12 tahun. Puas jugalah masa belajar dengan ayahanda. Beliau sangat sistematik semasa menjalankan tiap satu tugas. Tak boleh berlengah. Buat kerja mesti on time. Jangan buat hanya satu kerja dalam satu masa; membazir masa. Maknanya, dalam pada menumis lauk di dapur, mesin basuh baju mesti bergerak, nasi sedang ditanak, dapur sebelah tengah mendidih lauk kedua. Dalam masa kurang daripada 2 jam, semua kerja rumah mesti beres. Fuh!Lepas tue nak tengok TV ke apa ke tak kisah. Apa yang penting, tugasan selesai on time. Kerana itu jugalah sehingga sekarang, dapur adalah tempatku tiap kali pulang bercuti. Tak peduli la sedap atau tidak, itu belakang kira. Apa yang penting aku PUAS. Puas jamu ahli keluargaku dengan air tangan sendiri.Kenapa puas? Sebab hasilnya kita akan dapat lihat waktu tue juga. Ayahanda adalah pengkritik tetap lauk-pauk dan kuih-muih yang dihidangkan. Gerak kerja pun, dah ikut macam beliau.

            "Kurang garam nih. Nanti tambah lagi sikit."
    
            "Asam pedas awak nih cemplang (kurang rasa serba-serbi). Nanti awak tambah..."

Kalau kena dengan citarasa beliau, tahu apa yang beliau kata?

           "Awak nih dah boleh kahwin la imah..."

Hahaha..Begitulah ayahanda. Bonda pula kurang cerewet hal-hal berkaitan rasa kecuali jika ada yang terlebih di dalam masakan, baru beliau akan komen. Bak kata bonda,


           "Kalau kurang rasa boleh tambah perasanya lagi. Kalau terlebih bukan dapat penyakit pula ke?"


Paling tidak, bonda akan komen warna makanan tersebut. Biasanya kuih-muih atau selain daripada nasi putih. Pastikan "presentable", katanya. Terima kasih bonda.. Ayahanda. Kerana membentuk aku yang sekarang.


Tanpa mereka siapalah aku.

Sunday, December 20, 2009

Counting; 6 days left..



Aku masih lagi membilang hari. Berbaki 6 hari, hurmmmmm... Kan seronok andai masa boleh dilambatkan. Baru sebentar menghantar adinda ke bustand, bus bergerak 0830hrs. Jejaka kesayangannya setia menunggu, haha.. Kakaknya sahaja yang masih begini; seperti setahun yang lalu. Bangun pagi sebab dia ingin membawa bekalan untuk dimakan sesampai di kL. Mungkin mereka berpiknik kowt. Sediakan bekal untuk dua orang. Takkan nak sediakan bekal untuk seorang kan.. Tak kisah la tue. Paling penting, adindaku selamat tiba selamat pulang. Itu sudah memadai. Malam kelmarin menonton cerekarama di TV3; "Kerana Lidahnya". Lakonan yang sangat mengesankan. Kerana mulut badan binasa, huhu. Bagus untuk tontonan bersama, betapa mulut mampu meruntuhkan rumahtangga, memecah belahkan hubungan kekeluargaan, memutuskan persahabatan. Ada juga orang macam nih kat muka bumi ini. Kufur nikmat! Sempat bersembang dengan adinda sebelum tidur semalam. Bercerita mengenai rakan-rakan yang kami kenali. Ada yang telah berkahwin, menyambung pengajian di luar negara, dan ada pula yang jalan hidupnya di luar batasan yang aku sendiri tiada jawapan mengapa beliau memilih jalan hidup begitu. Apa-apa pun, didikan awal anak-anak membentuk siapa diri anak itu di masa akan datang. Adinda menceritakan tentang seorang temannya yang berkahwin tanpa restu keluarga dan yang pasti lebih mengoyakkan tangkai hati bapa temannya itu, anak gadis yang diberi didikan secukupnya dengan penuh kasih sayang selama 20 tahun akhirnya memilih untuk menjadi isteri kedua dengan persetujuan isteri pertama.Walau mendapat persetujuan pun, bukan restu ibu bapa lebih penting ke? Hurmmmm.. Bernikah di sempadan gara-gara bapanya tidak mahu menjadi wali. Bonda awal-awal lagi mengingatkan kami mengenai hal tersebut. macam mana kita merampas kebahagiaan sesebuah keluarga, macam tue jugalah balasan yang bakal diterima. Aku tidak tahu kesudahan kisah teman adindaku itu. Tindakan tergesa-gesa tapa perbincangan. Berita terkini yang beliau sampaikan, temannya itu dibuang keluarga dan sanak saudara kerana perbuatannya itu. Berbaloikah? Ingatan kepada diriku juga. Sedang enak menitipkan kata menggarap ayat, takut tempiasnya terkena diri sendiri. Mohon dijauhkan.


Pulang daripada menghantar adinda, ayahanda mengajak kami ( aku dan bonda) pergi melihat port beliau selalu memancing udang. Bot rakannya hilang kelmarin. Risau akan kejadian sama berulang pada botnya barangkali.

    "Air tinggi. Seronok memancing nih..." bilang ayahanda.

Kami hanya mendiamkan diri. Bukan faham pun, hehe.. Setibanya di rumah, ayahanda segera pulang ke kampung menjenguk orang tuanya di batu 18 Muar. Aku dan bonda akan bergerak usai mengemas rumah. Hurmmm.. Nak bawakan apa ya? Tengok-tengok dalam peti sejuk ada ikan terubuk. Asam pedas jelah. Selesai sudah satu tugas.. Tinggal mengemas rumah sahaja. Hai.. Bonda dah bising suruh kemas pakaian pulang ke kampus.. tamo boleh tak..?? hehe.. Nanti la.. Pakaian ada yang masih nak dipakai. Bawa apa yang patut je, huhu.. Apa yang patut barang aku nih pun ada juga berkotak-kotak akhirnya nanti. Itulah gunanya ada adik lelaki. Tolong angkat barang, hehe... Maaf sayangku Syahmi.. Hurmmmm.. Ada lagu yang pernah menjadi kegilaanku satu masa dahulu. Tapi, sampai sekarang pun aku sukakan lagu-lagu nih.. Jangan ingat aku dengar lagu putus cinta je, haha.. Enjoy this songs kay!








sisi jiwang aku.. Jangan terkejut, lalalalala~

Manusia yang memilih jalan hidupnya sendiri.

Friday, December 18, 2009

Shopping



Fuh..Aktiviti aku minggu nih berjalan.. Selasa hang out dengan kawan-kawan, Khamis dan Jumaat bersama bonda. Sabtu nih mungkin keluar lagi, hadiri kenduri arwah ayahanda kawanku selepas isyak..  Aku pulak baru je kemekkan kereta myvi bonda tadi. Keluar daripada parking lot tak awas dengan side mirror sebelah kanan, adeh! Kena sagat plus kemek la, apa lagi. Kereta yang terlibat (Merz, hehe..) macam ada yang tak kena je tadi. Tapi aku tak keluar kereta, owner kereta tue kebetulan tak ada di situ. Bonda? Hurmmm.. Terpaksa tahan telinga kejap sebab sendiri yang culas. Balik rumah, kena soal siasat pula dengan ayahanda.Continue ceria, huhu.. hari-hari lain, menjadi tugasan rasmi hantar adik ke tempat tuisyen nye.. Harap-harap pengorbanan kedua orang tuaku kepada kami 4 beradik menghabiskan wang ringgit untuk pelajaran kami membuahkan hasil. Aku amat mengharapkan kejayaan yang akan dikecapi kami bersama mampu mengukirkan senyuman di raut wajah mereka. Sepanjang minggu nih, weeding baju-baju tak selesai-selesai sedari awal lagi. Masalah bila lappy featuring broadband ada di bilikku. Pasti terhenti seketika untuk membalas chat la.. Uruskan ladang dan cafe di FB la.. Mesti punya..Dah sah-sah aku nih spesies tak boleh ada yang mengganggu tiap kali memulakan tugas. Kalau tak, tugasan yang pada asalnya mampu disiapkan dalam masa 1 hari, boleh tertangguh berhari-hari. BAru pulang dari Melaka. Hanya ronda-ronda bersama bonda gara-gara aku kebosanan di rumah. Semalam, shopping sakan, hahahaha~Barang keperluan untuk semester mendatang awal-awal lagi aku dah buat must buy list.. Kalau tak list, alamatnya adalah yang over budget nanti.

Tiap hari pasti akan ku hitung baki cuti tinggal di rumah. Malasnye...!! Bermulanya semester baru, bermakna semakin hampir aku pada reality life. Habis sahaja semester ini, berdepan dengan praktikal, andai bernasib baik segera mendapat pekerjaan. kalau tak? Hurmmm.. Kebarangkalian yang amat menakutkan.Pointer yang aku perolehi sungguh tidak mencukupi bagiku dalam memenuhi kehendak pasaran kerja semasa. Hurmmmm..

           Apa yang bakal dicapai 5 tahun akan datang?
       
           10 tahun akan datang?

           Mampu tak kebahagiaan dunia akhirat dapat kucapai?

           Banggakah kedua orang tuaku terhadap anak sulungnya ini?

           Mampukah aku memenuhi kehendak mereka setelah banyak pengorbanan mereka terhadapku?

          Apa yang aku inginkan dalam hidup nih?

5 tahun akan datang....
1)mendapat pekerjaan tetap
2)memenuhi kehendak bonda dan ayahanda
3)mengambil sedikit demi sedikit tanggungjawab terhadap kebajikan adik-adik
4)sambung belajar
5)berkahwin*

10 tahun akan datang...
1)menunaikan haji sebelum usia 40
2)miliki sebidang tanah

3)miliki rumah yang selesa dan kenderaan sendiri
4)memberi keselesaan kepada ayahanda dan bonda sebagaimana mereka memberikan keselesaan kepadaku.
5)membentuk keluarga contoh.

Agak-agak, terlaksana tak perancangan nih? Aku amat berharap segalanya akan berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Apa? Kenapa berkahwin tue tiba-tiba ada * pulak?? haha~ Entahlah.. Biarlah.


Teliti manapun perancangan yang dibuat, itu hanya rancangan sebagai garis panduan. Apa-apapun, usaha!

Monday, December 14, 2009

Leave..

Hurmmmm.. It was 3rd day I'm at home. Came back from Shah Alam last Friday evening with a friend. Fetch me in front of Resak post guard. Thank you very much bro. =) My parents still didn't know bout what happen with my 3P program and I don't feel like I can tell them bout that. It was shameless! If I could change something, I would like to change the last month 3P's episode. At the first day, my mom cooked chicken rice, which really makes my mouth watering even though I already feed my tummy few hours before arrived to Muar. It still full but then, makan jugak, haha..Dah penat bonda masak, takkan tak makan. Second day, keep busy attend few weddings ceremony around Muar and Melaka. Paling seronok, accidentally met my old friend in primary school, haha.. Actually she is my best friend at that time. We didn't meet each other for almost 11 years. Sempat bercerita tentang teman yang lain. Paling mengujakan, beberapa orang rakanku yang satu ketika dulu sangat nakal, suka kacau perempuan, sama-sama main bola di padang, berlumba basikal.. Ada sebahagian daripada mereka berada di luar negara menyambung pengajian dalam bidang perubatan, kejuruteraan, dan kalau tak silap seorang lagi tue pendidikan kowt.. Tak sangka betul. Teman ini bersama salah seorang rakan kami yang berada di Russia kini merancang untuk membuat reunion. Tak sabarnya! Aku taklah lama sangat dengan mereka. Sekitar 6 bulan sahaja.Bila teman ini sibuk bercerita mengenai teman-teman yang lain, kepalaku ligat cuba mengingatkan setiap daripada mereka. Cuba membayangkan rupa mereka, tapi cuma sebahagian sahaja yang masih ada diingatan. Sebab tue rasanya kesempatan membuat perancangan berkaitan reunion ini mesti jadi walau apa cara sekalipun. I like Shayne Ward.. I like almost all of his songs. Here I attach one song. Wish you enjoy it..







Song presenting your soul? Hurmmm.. I don't know..

Wednesday, December 9, 2009

re: Perempuan dan lelaki.. Apa bezanya?

i would like to apologize about the post few minutes ago tittled "Perempuan dan lelaki.. Apa bezanya?" Seems like everybody start to misunderstood when i promote it throught Friendster, Facebook, Tagged, etc.. I am not pointing on anybody. I don't mean to make any spaculation here. The topic is so sudden pass through my head and it makes me wanna write something by my personal view, through what i saw, i heard few years. Plus, accidently, i've read a news about that. I don't meant to point on anybody. If its not helping you a lot, again, i would like to apologize you. It is not totally involve any of my friends. Sorry for the inconvenience that i have made.tQ..

Perempuan dan lelaki.. Apa bezanya?

Untuk kali pertamanya dalam tempoh tertentu blog nie jadi tempat aku luahkan apa yang terbuku dalam hati. Peduli apa orang kata, yang penting selepas catatan dibuat, hatiku lebih lapang daripada sebelumnya.Apa beza lelaki dengan perempuan? Dalam pada dunia dah civilize pun, isu nie takkan pernah dipandang sepi manusia jagat. Kenapa? Ok.. aku admit, lelaki ada kuasa dan keegoan mereka sendiri yang membolehkan mereka memimpin sesebuah institusi keluarga, memimpin negara dan masyarakat. Tapi, tak kurang juga wanita yang terpaksa mengambil alih peranan lelaki dalam keluarga setelah kehilangan suami ataupun suami mereka tak boleh diharapkan untuk memberi sesuap nasi kepada mereka, malahan mengambil kesempatan di atas kerajinan si isteri. Apa punya lelaki la.. Lemah! (it actually happen to my relative.. pity my aunt!..)Kami diciptakan dari rusuk lelaki kamu untuk dilindungi, bukan untuk disakiti. Lelaki adalah tempat untuk kami mencari perlindungan, rasa selamat, dan dikasihi; bukan dikhianati. Tak cukup dengan satu, pasti ada kedua, ketiga dan keempat.Kenapa? Nak bantu, buat cara nak bantu, jangan manipulasikan sunnah untuk kepentingan diri sendiri. Life masyarakat kita masih terkongkong dengan pemikiran konservatif. Keadaan sekitar menyebabkan aku sendiri merasa tidak yakin untuk membina keluarga; tak sanggup nak pertaruhkan hidup kepada individu yang mungkin akan memusnahkan hidupku selamanya.

Ayahanda... Hurmmmmm.. Aku tak boleh nak sebut nama ini. Tiap kali, mesti sebak. He is the best man ever in my life. Beliau sangat garang, masa kecil dulu, tiap inci tubuhku lebam dengan cubitan, libasan tali pinggang, hanger. Tapi yang pasti, makin kuat aku dipukul, makin kuat aku melawan dalam diam. Akhirnya, terbentuk diriku seperti sekarang. Mungkin, kalau beliau tak mendidikku seperti itu, aku tak pasti, siapa aku sekarang. Ayahanda menjadi sangat understanding bila kami semakin meningkat dewasa. Familiku tiada masalah keluarga, tapi yang lain? banyak sangat contoh yang menakutkan. Hatiku rawan hari nie. Tak tahu mengapa. Its hard to make people understand, its hard when heart get hurt, its hard for me to face it either..Tak ada sekelumit dendam pun dalam diriku, malahan berterima kasih dengan caranya mendidik.Maybe cara didikannya padaku agak keras, tapi sekurang-kurangya, aku dapat survive sampai sekarang. Tiba masa aku nanti, agaknya jadi ibu garang kot< hahaha~ If ada peluang tue.. Kalau tak, bukan rezekikulah tue..



"Its hard to make people understand, its hard when heart get hurt, its hard to face it either.." it just my personal view. i'm not pointing anybody..

Sunday, December 6, 2009

Apa yea, huhu...

Hari ini punya aktiviti; macam biasalah kalau kat rumah teman ini. Online, main game sampai projek websiteku belum selesai sehingga waktu blog ini ditulis, hehe.. Aku yang susah untuk berubah. Penyakit kedua; melengahkan tugas bila dah malas, huhu.. Sepanjang hari berseorangan setelah teman dan seorang lagi teman serumah ini keluar untuk mencari barang dapur sedang aku yang kononnya mahu menyelesaikan tugasan ini siang tadi, seperti biasa menangguhkan tugas. Pengisian? Tengahari tadi buat dadih jagung, sebab teman ini teringin nak makan. Lepas tue, buat nasi lemak sambal ayam.. Kenyang~ Alhamdulillah.. HAi.. Tak sabar nak habiskan program nie, mahu segera pulang ke kampung. Penat! Hurmmmm.. Rasanya hampir dua bulan aku tak ceritakan mengenai bahan bacaanky kan? Baru-baru ini baru menghabiskan bacaan novel The Memoirs of Geisha. Elite type of prostitute dekat Japan. Best juga. Puas tersenyum sendiri, rasa simpati, semua empati cerita diolah dengan baik. Tapi, buku motivasi tue belum dikhatamkan lagi, hehe.. Nantilah.. Usai baca, akan diceritakan mengenai content di dalam makalah tersebut.

i am craving black forest chocolate bar right now.. yew~ getting bigger and bigger.. 0_o