Sunday, November 8, 2009

Berlalu sudah...

Final exam melabuhkan tirainya 2 hari lepas.. Untuk aku lah, huhu.. 1st paper 28 Oct lalu.. Paper terakhir 2 hari lepas, 6hb.. Agak-agak.. macam mana lah keputusan semester ni kan? Entah lah.. Aku hanya bertawakal dengan apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya semester ini mengajar aku erti sabar sedikit sebanyak dalam menempuh hari mendatang. Dalam tempoh enam bulan ini, macam-macam hal diluar jangkaan berlaku dengan sekelip mata. Daripada hal-hal berkaitan akademik, sehinggakan hal-hal peribadi dan kewangan.  Ada kesalahan berpunca dariku, ada daripada insan lain. Sesungguhnya manusia tak akan lekang daripada melakukan kesilapan. Walau pun aku bukan dalam kategori perempuan yang kaki shopping, tempias poket kering dihujung semester tak dapat dielakkan lagi. Sebab hobi baru ke? Ada koleksi buku yang aku beli bermula daripada semester lepas dan semester ini,huhu.. addicted with books. Ada lebih kurang rm2++ sahaja dalam akaun sekarang. Dalam tangan.. urmmmm.. Adalah beberapa not merah rasanya, hahaha..

Usai paper yang terakhir, segera mengambil thesis( dissertation je sebenarnya...) di depan office advisor.. mak aih.. Banyaknya lah merah.. Sempat berkumpul dengan clique di bawah advisor yang sama untuk membuat perbandingan siapa yang paling teruk kena, haha.. macam-macam. Nada kecewa jelas kedengaran apabila hasil usaha yang dibuat seolah-olah tidak dilihat oleh advisor kami. Beliau mahukan hasil yang terbaik daripada kami, namun itu sahajalah yang termampu kami berikan. "..all of you.. make me disappointed.." that is what she said to me when i accidently met her after i took the research paper. Maaf Prof.. Hurmmmmmm... Dalam pada cuba memenuhi kehendak tersebut disamping tekanan maha hebat yang datang bertubi-tubi, sesungguhnya aku juga bersyukur. Sebabnya, ketegasan beliau berjaya menyerlahkan siapa diri kami yang sebenarnya. Sarkastikkah? Lumrah sebagai seorang pelajar yang perlu ditelan untuk memperoleh yang terbaik di masa akan datang. Sekurang-kurangya, kami hanya menerima tekanan untuk belajar, belajar, dan belajar. Macam mana pula dengan mereka yang mempunyai kerjaya, dalam masa yang sama menyambung pengajian, dan mempunyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isteri, dan anak-anak yang perlu diberikan perhatian sewajarnya? Tabik buat mereka.

Perancangan selepas exam? Esok balik ke Johor selama lebih kurang seminggu. Plan di rumah, nak try buat nasi Abu Dhabi resepi daripada salah satu blog yang aku ikuti. Nampak menyelerakan. Tinggal nak cari buah pelaga hitam sahaja, yang lain-lain sudah sedia ada di rumah. Oh yea.. Sebetulnya aku baru pulang daripada rumah ibu sadaraku di Kepong. Sepupu jemput di Tmn Melati, terus menuju ke Hulu Langat untuk menyambut majlis hari jadi si kecil Irfan Kamal yang jika tak silap masuk 4 tahun.Anak kecil ini tak tahu mungkin apa yang kami raikan. Dia hanya gembira apabila menerima hadiah daripada tetamu. Berlumba bersama sepupu-sepupunya untuk membuka bungkusan hadiah, dia hanya melihat. Keletah anak-anak ini bermain, haha.. Seronok betul. Anak-anak yang belum mengerti apa-apa.. Aku tiba di Puncak petang tadi selesai makan tengahari di Kepong. Esok kena buat clearence, appoinment di HTAR, bayar bil, buat hardcover 2 set (jika sempat), berjumpa seorang teman untuk mengambil barang, etc.. Sempat ke?

Manusia sering mewujudkan alasan untuk mengelak.



No comments:

Post a Comment