Monday, November 30, 2009

Aidhiladha..

Aku selamat tiba dari kampung petang semalam, sekitar jam 3 petang lebih kurang. Malas amat. Satu level dalam diriku yang tak dapat diubah sejak dari zaman sekolah.. Penyakit M.A.L.A.S..Rasanya, keterujaan ke universiti aku rasakan masa 1st time mendaftarkan diri ke UiTM sahaja. The rest, urgh! as usual.. M.A.L.A.S.. Hurmmm.. Raya di rumah.. Raya pertama kami buat nasi dagang.. Puas2.. Balik ke kampung melawat atuk dan nenek yang semakin uzur. Aku rindukan gurauan atuk semasa beliau sihat. Dah tak ada lagi berus janggutnya. Mengejar cucunya, lepas tue dia berus muka kami dengan dagunya yang baru dicukur, haha..Semasa beliau sihat dan masih menjadi imam di kampungnya, tiap kali selepas pulang dari masjid, bunyi motornya sahaja membuatkan kami segera bingkas daripada pembaringan untuk menunaikan solat subuh. Aku rindukan itu semua. Sekarang, beliau hanya menghentakkan lantai menggunakan tongkatnya bagi mengejutkan anak cucunya menunaikan solat subuh. Tiada lagi pelukan sayang atuk bergurau dengan cucunya, keuzuran membataskan pergerakan atuk. Sedikit pergerakan membuatkan beliau lelah, apatah lagi bergurau dengan cucunya seperti dulu. Berkumpul dengan sepupu-sepupu yang masing-masing telah meningkat dewasa menyedarkan aku betapa cepatnya masa berlalu. Fasa kami adik beradik memerah otak di sekolah telah diganti oleh sepupu-sepupuku yang lebih muda. kami..?? Berusaha keras di IPTA pula sekarang nie.

Pulang dari kampung, ketupat yang telah siap ku anyam sebelum balik kampung, ku isi dengan beras. Hurmmm.. Macam biasalah.. Tugas menganyam, mengisi beras dah jadi tugas rasmi aku sejak dahulu lagi. Daun kelapa pandan, bila rebus harum baunya. Keesokan harinya aku akan pulang ke Shah Alam, huhu..

         "lauk apa awak nak masak..?"soal bonda.

        " Yang kering-kering jelah..."

        "Daging masak lada hitamlah macam tue.. Ayah pun nak bawa ke Sabah. Leceh kalau bawa lauk   
            basah.." Sambung bonda.

Akhirnya,aku ditugaskan membuat lauk paling simple, daging masak lada hitam. Bonda pula, sambal goreng ; makanan tradisional jawa. Agak banyak juga ketupat yang dibuat. Sekitar 50 biji. Taklah banyak macam Aidilfitri, tapi puas lah. Bila lagi nak makan ketupat kan? hehe.. Aku menumpang di rumah seorang teman sepanjang mengikuti Program 3P di Shah Alam. Hurmmm.. So, makanan tambahan yang mampu dibuat, kuih seri muka sebab dia dah pesan awal-awal kuih tue. Buat sendiri lagi puas kan? Alhamdulillah.. Semuanya selesai. Berkenaan rumah sewa, hurmm.. perselisihan faham dengan teman menyebabkan hubungan dingin di dalam kelas. Agak sedih, tapi nak buat macam mana. Aku tak mampu nak sedapkan hati semua orang. Aku cuba lakukan yang terbaik, tapi hanya itu yang termampu. Maafkan daku teman. Kalian banyak membantu, tapi bila ada keluarga, keutamaan diberikan kepada mereka. Bercakap tentang persahabatan, aku sukakan sahabat yang jujur. Kebaikan diberi, kebaikan juga diperoleh.Tapi, kalau kejujuran tue yang realitinya kalau diteruskan persahabatan tue boleh mencetuskan masalah lain, setakat itu sahajalah ikatan persahabatannya. Maafkan aku teman..


Aku redha dengan ketentuanNya. Aku redha dengan jalan yang diberi. Tapi aku takkan mati tanpa usaha membetulkannya.. =)

No comments:

Post a Comment