Monday, November 30, 2009

Aidhiladha..

Aku selamat tiba dari kampung petang semalam, sekitar jam 3 petang lebih kurang. Malas amat. Satu level dalam diriku yang tak dapat diubah sejak dari zaman sekolah.. Penyakit M.A.L.A.S..Rasanya, keterujaan ke universiti aku rasakan masa 1st time mendaftarkan diri ke UiTM sahaja. The rest, urgh! as usual.. M.A.L.A.S.. Hurmmm.. Raya di rumah.. Raya pertama kami buat nasi dagang.. Puas2.. Balik ke kampung melawat atuk dan nenek yang semakin uzur. Aku rindukan gurauan atuk semasa beliau sihat. Dah tak ada lagi berus janggutnya. Mengejar cucunya, lepas tue dia berus muka kami dengan dagunya yang baru dicukur, haha..Semasa beliau sihat dan masih menjadi imam di kampungnya, tiap kali selepas pulang dari masjid, bunyi motornya sahaja membuatkan kami segera bingkas daripada pembaringan untuk menunaikan solat subuh. Aku rindukan itu semua. Sekarang, beliau hanya menghentakkan lantai menggunakan tongkatnya bagi mengejutkan anak cucunya menunaikan solat subuh. Tiada lagi pelukan sayang atuk bergurau dengan cucunya, keuzuran membataskan pergerakan atuk. Sedikit pergerakan membuatkan beliau lelah, apatah lagi bergurau dengan cucunya seperti dulu. Berkumpul dengan sepupu-sepupu yang masing-masing telah meningkat dewasa menyedarkan aku betapa cepatnya masa berlalu. Fasa kami adik beradik memerah otak di sekolah telah diganti oleh sepupu-sepupuku yang lebih muda. kami..?? Berusaha keras di IPTA pula sekarang nie.

Pulang dari kampung, ketupat yang telah siap ku anyam sebelum balik kampung, ku isi dengan beras. Hurmmm.. Macam biasalah.. Tugas menganyam, mengisi beras dah jadi tugas rasmi aku sejak dahulu lagi. Daun kelapa pandan, bila rebus harum baunya. Keesokan harinya aku akan pulang ke Shah Alam, huhu..

         "lauk apa awak nak masak..?"soal bonda.

        " Yang kering-kering jelah..."

        "Daging masak lada hitamlah macam tue.. Ayah pun nak bawa ke Sabah. Leceh kalau bawa lauk   
            basah.." Sambung bonda.

Akhirnya,aku ditugaskan membuat lauk paling simple, daging masak lada hitam. Bonda pula, sambal goreng ; makanan tradisional jawa. Agak banyak juga ketupat yang dibuat. Sekitar 50 biji. Taklah banyak macam Aidilfitri, tapi puas lah. Bila lagi nak makan ketupat kan? hehe.. Aku menumpang di rumah seorang teman sepanjang mengikuti Program 3P di Shah Alam. Hurmmm.. So, makanan tambahan yang mampu dibuat, kuih seri muka sebab dia dah pesan awal-awal kuih tue. Buat sendiri lagi puas kan? Alhamdulillah.. Semuanya selesai. Berkenaan rumah sewa, hurmm.. perselisihan faham dengan teman menyebabkan hubungan dingin di dalam kelas. Agak sedih, tapi nak buat macam mana. Aku tak mampu nak sedapkan hati semua orang. Aku cuba lakukan yang terbaik, tapi hanya itu yang termampu. Maafkan daku teman. Kalian banyak membantu, tapi bila ada keluarga, keutamaan diberikan kepada mereka. Bercakap tentang persahabatan, aku sukakan sahabat yang jujur. Kebaikan diberi, kebaikan juga diperoleh.Tapi, kalau kejujuran tue yang realitinya kalau diteruskan persahabatan tue boleh mencetuskan masalah lain, setakat itu sahajalah ikatan persahabatannya. Maafkan aku teman..


Aku redha dengan ketentuanNya. Aku redha dengan jalan yang diberi. Tapi aku takkan mati tanpa usaha membetulkannya.. =)

Wednesday, November 25, 2009

seminggu & Dreamweaver..

Apa punya tajuklah, hehe.. Hurmmmm.. It was almost 1 week i'm here, since 19th.. At first, when i attend the class quite bored la.. Lebih-lebih lagi dapat instructor yang macam lebih muda dari aku je.. Cute lak tue sampai la mula-mula belajar tue segan giler nak tanya mamat instructor (hehe.. mr. Tern.. sowie eh..?? lalala~) He also a shame boy i think.. senyum-senyum, hahaha.. Kesian dia.. Tapi, ok la.. Ada few bahagian tak faham nih.. Urmmmmm... Takpe.. Study2.. Jangan malas-malas.. Sebut pasal kerajinan pulak, huhu.. Hari nie, after finish my Dreamweaver class, take a rest around 1 hr, then start misi mencari rumah sewa di taman sekitar kampus. Survey dan harganya.. Aduhai.. Macam kena ambil part time job je next week.. Tengoklah nanti macam mana.. Kepenatan.. Macam nak tanggal setiap sendi. Bila dah penat, macam-macam idea gila keluar..

             "Apa kata kita cari sugar daddy??"

             "Apa kata kita pergi bb malam nih..?? "

gila, hahahaha... Tak pernah-pernah buat macam tue takkan sekarang baru nak terfikir?Desperate plus try nk hilangkan depression sebenarnya. Muka masing-masing tadi pun dah monyok macam tempe busuk, haha.. Oh yea.. Dua hari lepas bertemu dengan seorang teman yang amat pemalu, adei.. Segan juga la.. Tapi, aku nih pandai segan ke..?? hihi.. Mesti la... Aku pun ada rasa malu lagi. Tak malu tue bukan sifat manusia lagi, apatah lagi perempuan. Ada few things tentang teman ini yang boleh diikuti. Tak salah kan? Yang elok kita ikut, yang tak elok tinggalkan lah.. Macam aku cakap selalu, kita tak selalunya betul. Observation and experience sikit-sikit tue boleh lah pakai sikit-sikit sekarang nih. Dah tahu orang tak suka, jangan buat kan. Ini ulang salah yang sama je.. Aduhai.. Ingatan ini untuk diriku sendiri juak..

Misi seterusnya, mencari rumah sewa, plus habiskan baca buku motivasi yang sedari awal sem dibaca masih tak selesai lagi. Tugasan yang padat memendekkan tempoh santaiku. Sebenarnya ada dua buah buku.. Satu lagi tue macam biasalah.. Aku kan suka non fiction novel and true story kan..? Buku tue pun dalam proses untuk dihabiskan. Tinggal beberapa muka sahaja lagi. Yes! Yes! Satu lagi buku sedang menanti, hehe.. Tak sabar nak balik raya haji nie.. Ayahanda, Bonda, dan Adinda yang diingati selalu.. Jumpa nanti, hehe..  Ingatkan aku dah kira paling awal balik johor, 1.15pm. Rupanya ada lagi awal. Budak sarawak tue, hahaha.. Take flight at weds night, 8.30pm.. Mak aih.. Awal dari aku.. takpe2.. Wargh! Aku noktahkan dahulu catatanku. Selimut itu sedang memanggil-manggil.. Tak dapat menolak lagi nampaknya, haha..


Night everybody..

Sapew ada rumah sewa sekitar Puncak Perdana..?? Please tell me kay.. Kerjasama anda amat dihargai. tQ.. =)

Saturday, November 21, 2009

Masa

Sudah berapa lama ya aku tak coretkan apa-apa di sini? huhu.. Aku kembali ke Shah Alam selepas berehat lebih kurang seminggu di rumah selepas habis final exam. Hurmmm. Gara-gara 3P... Tak apa lah.. keperluan sendiri even merungut juga pada mulanya. Agak seronok juga Dreamweaver nih. Maybe sebab baru belajar yang basic kowt, hopefully the becoming lesson will be more fun and make me excited to learn it. Anyway, along my short vaca at home, i had fulfill few things that i want to do the most, even yang paling utama belum tercapai lagi, hehe.. Berperang di dapur seperti sebelum sambung belajar.. Satu keperluan.. Satu kewajipan.. Awal-awal lagi bonda sudah bertanya apa projekku sepanjang seminggu di rumah.. Credit buat Kak Raidah sebab aku ambil resepi dari blog dia. Puas hati, hehe.. Tak sempat buat yang satu nih tu la dia.. Nasi mandhi Abu Dhabi.. Nanti-nantilah.. Raya haji nih kowt, huhu.. Sebut fasal Raya Haji, bonda dah bising suruh balik juga even aku tengah kekeringan nih dengan alasan hari tu kan hari raya.. Family should gather together at home.. The day before i call my mom, my dad called and said he don't think that i can get any ticket at this time. But then alhamdulillah, i get it, huhu.. Buat bonda tersayang.. jangan marah-marah yea..

Rasanya hidupku lebih tenang sekarang. Lebih aman senang kata. Dalam pada cuba menjaga hati seseorang, akhirnya sendiri terluka, lebih baik begini. Apa salahnya kan? Acapkali bercerita ragam manusia, barangkali bosan sudah, huhu.. Berperang dengan perasaan sendiri dan rasa rendah diri, sampai bila..? Sudah masanya untuk kita mencuba sesuatu yang baru dan yang pastinya membuatkan diri kita gembira. Apa yang buatkan diriku gembira? Entahlah.. Mungkin sebab hubungan dengan yang SATU itu belum cukup ampuh dan mantap lagi.

Selagi kita cuba memuaskan hati orang lain, selama itulah perasaan kita sendiri tidak akan terjaga. lakukan sebaik mungkin, bersyukur dan redha setelah habis daya.. =)

Sunday, November 8, 2009

Berlalu sudah...

Final exam melabuhkan tirainya 2 hari lepas.. Untuk aku lah, huhu.. 1st paper 28 Oct lalu.. Paper terakhir 2 hari lepas, 6hb.. Agak-agak.. macam mana lah keputusan semester ni kan? Entah lah.. Aku hanya bertawakal dengan apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya semester ini mengajar aku erti sabar sedikit sebanyak dalam menempuh hari mendatang. Dalam tempoh enam bulan ini, macam-macam hal diluar jangkaan berlaku dengan sekelip mata. Daripada hal-hal berkaitan akademik, sehinggakan hal-hal peribadi dan kewangan.  Ada kesalahan berpunca dariku, ada daripada insan lain. Sesungguhnya manusia tak akan lekang daripada melakukan kesilapan. Walau pun aku bukan dalam kategori perempuan yang kaki shopping, tempias poket kering dihujung semester tak dapat dielakkan lagi. Sebab hobi baru ke? Ada koleksi buku yang aku beli bermula daripada semester lepas dan semester ini,huhu.. addicted with books. Ada lebih kurang rm2++ sahaja dalam akaun sekarang. Dalam tangan.. urmmmm.. Adalah beberapa not merah rasanya, hahaha..

Usai paper yang terakhir, segera mengambil thesis( dissertation je sebenarnya...) di depan office advisor.. mak aih.. Banyaknya lah merah.. Sempat berkumpul dengan clique di bawah advisor yang sama untuk membuat perbandingan siapa yang paling teruk kena, haha.. macam-macam. Nada kecewa jelas kedengaran apabila hasil usaha yang dibuat seolah-olah tidak dilihat oleh advisor kami. Beliau mahukan hasil yang terbaik daripada kami, namun itu sahajalah yang termampu kami berikan. "..all of you.. make me disappointed.." that is what she said to me when i accidently met her after i took the research paper. Maaf Prof.. Hurmmmmmm... Dalam pada cuba memenuhi kehendak tersebut disamping tekanan maha hebat yang datang bertubi-tubi, sesungguhnya aku juga bersyukur. Sebabnya, ketegasan beliau berjaya menyerlahkan siapa diri kami yang sebenarnya. Sarkastikkah? Lumrah sebagai seorang pelajar yang perlu ditelan untuk memperoleh yang terbaik di masa akan datang. Sekurang-kurangya, kami hanya menerima tekanan untuk belajar, belajar, dan belajar. Macam mana pula dengan mereka yang mempunyai kerjaya, dalam masa yang sama menyambung pengajian, dan mempunyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isteri, dan anak-anak yang perlu diberikan perhatian sewajarnya? Tabik buat mereka.

Perancangan selepas exam? Esok balik ke Johor selama lebih kurang seminggu. Plan di rumah, nak try buat nasi Abu Dhabi resepi daripada salah satu blog yang aku ikuti. Nampak menyelerakan. Tinggal nak cari buah pelaga hitam sahaja, yang lain-lain sudah sedia ada di rumah. Oh yea.. Sebetulnya aku baru pulang daripada rumah ibu sadaraku di Kepong. Sepupu jemput di Tmn Melati, terus menuju ke Hulu Langat untuk menyambut majlis hari jadi si kecil Irfan Kamal yang jika tak silap masuk 4 tahun.Anak kecil ini tak tahu mungkin apa yang kami raikan. Dia hanya gembira apabila menerima hadiah daripada tetamu. Berlumba bersama sepupu-sepupunya untuk membuka bungkusan hadiah, dia hanya melihat. Keletah anak-anak ini bermain, haha.. Seronok betul. Anak-anak yang belum mengerti apa-apa.. Aku tiba di Puncak petang tadi selesai makan tengahari di Kepong. Esok kena buat clearence, appoinment di HTAR, bayar bil, buat hardcover 2 set (jika sempat), berjumpa seorang teman untuk mengambil barang, etc.. Sempat ke?

Manusia sering mewujudkan alasan untuk mengelak.