Friday, October 9, 2009

TUGASAN DAN MASA MENDESAK

Dalam minggu-minggu terakhir semester, semua orang dok sibuk pulun siapkan assignment masing-masing di saat-saat terakhir. Waktu inilah masing-masing konon-kononnya mahu menunjukkan betapa rajinnya mereka walaupun hakikatnya semuanya dilakukan kerana terdesak. Jika 2 atau 3 bulan yang lalu masih mampu merayau dan enjoy tak tentu pasal, bulan ini pula merupakan bulan yang paling mengesankan kepada student di kampus. salah sendiri sebenarny.. Tugasan dah diperoleh sejak dari awal lagi.. Ada sesetengah lecturer menyerahkan tugasan seawal mereka memulakan kuliah di minggu kedua atau ketiga. Atas alasan mendahulukan yang perlu dihantar dahulu,tugasan yang paling awal akhirnya diletak tepi hinggalah tempoh masa untuk menyerahkan tugasan tersebut berbaki beberapa hari.

Dalam waktu ini jugalah semua emosi akan terserlah dengan jayanya tanpa rasa segan ke.. takut kecilkan hati kawan ke.. Sifat mementingkan diri mula keluar. Balas membalas kutukan atas pelbagai sebab remeh, dan pada masa yang sama bodekology lecturer menjadi modal kepada pelajar bagi melepaskan diri, hahahaha.. Aku nih pulak failed bab membodek bodek nih,tambah-tambah lagi dengan lecturer. Aku seperti statement di atas juga sedang giat menyiapkan saki baki tugasan yang diberikan sejak awal, tapi cuba disiapkan dalam tempoh yang singkat. Betapa hebatnya kami sebagai pelajar mampu melakukan beberapa tugasan yang memerlukan akalnya berfikir dengan ligat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap tugasan yang diberikan sekaligus. Hebat kan?? hurmmmmmmmm.. Bagi aku la.. Student nih memerlukan sesuatu yang boleh boost keinginan mereka menyiapkan tugasan on time dan dalam memenuhi kriteria yang diperlukan oleh lecturer.

No comments:

Post a Comment