Sunday, October 11, 2009

Orangku.. Bangsaku.. Agamaku..

Jari jemari rasa gatal nak menulis dalam blog nih lagi, huhu.. macam weekend yang lepas, aku hanya duduk di kolej menyiapkan tugasan yang masih belum selesai lagi, aduhai.. Tak apa la.. Yang penting, semua tugasan sedang berjalan serentak, insyaALLAh dapat dihantar plus present on time, hehe.. Perancangan asalnya hari ini nak masak nasi ayam tapi nampaknya apa yang dirancangkan tak kesampaian la.. Kempunan aku, hahaha.. Sowang je kat rumah ni.. Sape je nak makan kalau buat?

Sambil menyelam, kenala minum air kan? Dalam pada menyiapkan Multimedia, Library Planning Project,membetulkan thesis, plus buat dialog mandrin, sempat lagi aku online. Hurmmmmmm.. Bosan sebab tak bergerak ke mana-mana. Apa yang aku dapat? aha.. Aku nampak, penampilan luaran seseorang tu tak la menggambarkan siapa dia yang sebenarnya. Aku bukan nak menidakkan hukum menutup aurat, wajib tanpa bantah 2.. Maksud aku sekarang nih, dah nama pun alam maya kan.. Lebih-lebih lagi yang melibatkan social network, tak kira la apa pun social network yang terlibat tu.. Sekali buka page sesetengah individu, aduhai.. Tak tahu la apa nak jadi manusia zaman sekarang nih. tak ada rasa malu ke tayangkan apa yang tak sepatutnya ditayangkan? Bukan nak menunjukkan aku nih baik ke apa.. Tapi, kalau difikir lebih dalam, di mana nilai dan harga diri mereka? Kita letak tepi jantina. Islam, tapi.. Hurmmmmm.. Entah la.. Malu bila lihat balik semua tu. Kebebasan berbicara, pergaulan mahupun hidup perlu ada batasnya, tak semuanya boleh bebas. Hidup di dunia nih kena ada peraturan, kalau tak hidup manusia huru hara la jadinya.

Tak salah bergaul, join social network yang melambak-lambak boleh diikuti secara online. Selain tambah kenalan, macam-macam aktiviti boleh diperoleh secara online kan? aku faham semua tu.. Tapi nak kena gaya la. Orang Melayu pula sangat lah mudah terikut-ikut dengan apa yang dibuat oleh orang luar. Apa perlunya mengikut semua tu? Ikut zaman?? Alahai.. Alasan paling tak munasabah dan terlalu tipis untuk diterima. Kemodenan tak seharusnya bermaksud menggadaikan maruah diri di mata orang lain. Kalau dah tunjuk segala-galanya, apa lagi yang tinggal pada diri sendiri untuk dibanggakan? Fikir la.. Dalam banyak-banyak hal, kenapa mesti diikut perkara yang dah sah-sah menjatuhkan maruah diri sendiri? Kenapa tak ikut perkara elok yang dibawa mereka? Belajar setinggi yang boleh.. Sedaya dan semampu yang mungkin. Ini tak.. Sebut pasal belajar, orang kita pasti mencebik. Kenapa? Tak takut ke suatu masa nanti kita sendiri akat melukut di tanah air sendiri andai kesedaran tu tak wujud daripada sekarang? Apa yang aku perhatikan, kita terlalu sensitif dengan hal-hal yang bagi aku kalau orang dah sebut-sebut tak perlu la sampai nak melenting tak tentu fasal. Lakukan sesuatu untuk menutup mulut mereka.

Doaku hanya satu.. Sedarlah bangsaku daripada lena yang panjang!

No comments:

Post a Comment