Thursday, October 15, 2009

MURAHNYA LAFAZ CINTA DAN SAYANG...

Apa nilai rasa sayang dan cinta di mata lelaki? Ayat membuai memang kepakaran mereka kan? aku sungguh tak faham. tak pernah bersua muka, hanya melalui gambar, sedikit elaboration di page masing-masing, hanya mengenali antara satu sama lain melalui online dah boleh meluahkan rasa cinta dan sayang? Macam mana tu?Aku sungguh tak faham dengan situasi ini.

Yea.. Statement cinta itu buta sudah lama diguna pakai sejak daripada zaman dahulu lagi. Walau bagaimanapun, kalau zaman dahulu pun, sekurang-kurangnya mereka bertemu dahulu barulah berani meluahkan rasa cinta. kalau tak pun, simpan sendiri.. Maaflah kalau statement aku nih salah tapi itu berdasarkan apa yang aku perhatikan. Begitu mudah cinta dilafazkan. Murahnya.. Anda boleh yakin 100% individu yang anda kenali secara online itu memberikan perincian yang jujur mengenai dirinya kepada umum? oh... Mungkin dalam 10 orang, nak dapatkan seorang yang benar-benar jujur pun susah kan..? Baiklah.. Masalah ini bukan sahaja dilakukan lelaki, perempuan pun sama juga. Salahnya? Salah satu pihak melayan dan mudah sangat terpengaruh. Perempuan pula? Mudah sangat dibuai dengan kata-kata sayang dan cinta daripada buaya-buaya siber. Ada segelintir yang ikhlas dalm perhubungan, tapi macam mana nak memastikan kita dapat yang benar-benar ikhlas? Kenali dahulu sebelum membuat keputusan melulu yang akhirnya memalukan diri sendiri. Ayat standard yang kita dengar, si dia konon-kononnya tidak memandang paras rupa.. Ok.. Apa kata ajak berjumpa. Tapi.. Nak jumpa pun panda-pandai la menyusun strategi takut nanti lain pula jadinya sebelum berjumpa kan? Bawaklah kawan ke.. Apa-apa perancangan. Untuk keselamatan diri sendiri juga kan.. Agak-agak selepas berjumpa, dia mahu hubungi kamu lagi tak??  Lebih baik sakit sekarang, daripada menderita dikemudian hari kawan-kawan. Jangan terlalu mudah menyerahkan butir peribadi pada individu yang anda tak pernah jumpa pun sebelum ini. Sedangkan depan mata pun boleh terjadi pelbagai petaka, inikan pula yang boleh hilang macam biskut Chipsmore.. hahaha~

Dua-dua pihak sama je..


No comments:

Post a Comment