Sunday, October 25, 2009

HATI YANG TIADA GALANG GANTI

Masalah yang datang bertimpa-timpa kali ini membuatkan aku hampir tersungkur. Nekad mengambil perjalanan pulang ke kampung halaman setelah kuliah terakhir habis petang Jumaat kelmarin. Ada lagi tugasan yang masih dalam proses yang entah bila akan berjaya aku selesaikan jika keadaanku terus-terusan begini. Balik rumah mendamaikan sedikit jiwa yang berkocak dek manusia dan keadaan sekeliling. Semakin ramai manusia yang ku kenal, semakin aku tak faham apa kehendak hakiki makhluk tuhan yang bernama manusia. Aku mempunyai seorang teman yang menyambung pelajarannya di UTM Skudai selangkau jauh dariku. Bekerja dengan badan berkanun yang penuh dengan disiplin dan arahan, takkan aku yang masih belum bekerja tak boleh buat kan? Hurmmmmm.. Seronok rasanya.. So.. Aku mengambil keputusan nekad aku akan mengikut jejak langkah teman tersebut. Jodoh? hurmmmmmm.. Jodoh lagi.. Kenapa la, huhu... Topik yang sering dibicarakan oleh teman-teman sekuliah terkadang aku mencelah juga. Datang bertemu ayahandaku jika benar suka. Itu lebih baik, dan lebih tepat bagiku. ok.. Enjoy this music. Lagu "Matahariku" terlalu sedih.. Y not.. this.. i love this song.. and now i am into late Rafeah Buang's songs. You can feel it; the soul~




With love..

No comments:

Post a Comment