Thursday, October 22, 2009

BILAKAH SEMUANYA AKAN SELESAI?

Kekalutan mnejerut suasana di sini sekarang. Tegang, tangisan, tekanan, amarah.. Aku sendiri tak terkecuali. Tekanan Maha Hebat ini membuatkan mulut aku begitu ringan membidas atau meluahkan apa yang terbuku di hati tanpa berfikir panjang. Terima kasih buat seorang teman yang mengingatkan aku agar tidak kufur dengan nikmat yang telah dianugerahkan kepadaku.Tersentak sebentar sebenarnya sehingga menitis kristal halus di mata. Terima kasih teman atas peringatan tersebut. Tekanan datang semuanya serentak. Dikala orang lain sibuk mahu menyiapkan tugasan seawal yang mungkin, sebahagian daripadanya sanggup melakukan tugasan yang perlu dilakukan dalam masa dua bulan dengan hanya melakukannya dalam masa sehari. Rasa-rasanya itu kerja berani? Kamikaze? Atau bodoh tahap kegabanannya yang entah berapa kali ganda? Bagi aku jawapannya yang ketiga. Sebab, boleh dipastikan ke tugasan terutamanya projek berkumpulan yang perlu menggunakan multiple software atau program akan berjalan dengan lancar tanpa masalah debug ke.. Apa sahaja masalah la.. Kecuali, dah siap sedia gunakan projek tinggalan senior semester lepas.. Alahai.. Tak perlulah buat-buat tersentak ataupun melopongkan mulut. Dah jadi kebiasaan kepada pelajar di IPT buat kerja nih kan? Malahan expert. Kalau nak edit-edit tu mungkin boleh diterima lah. Tapi kalau dapat spesies yang ambil sebiji serupa cuma tukar nama dan nombor kad pelajar macam mana? Hebat bukan? tapi sesungguhnya aku tak faham. Perlu ke?Pengalaman sendiri, seorang teman beria-ia bertanya bila mahu memulakan tugas, teman yang ditanya ini akan mencebikkan muka sambil meminta tugasan tersebut dilakukan kemudian. Paling seronok, kalau teman tersebut menghantar pesanan ringkas, dan reaksi yang dibuat oleh teman yang menerima pesanan tersebut dapat dilihat jelas oleh si penghantar pesanan dengan jelas,Hurmmm.. Manusia yang pelbagai, maka macam-macamlah ragamnya.

Aku bukanlah baik sangat. Ada juga tengok macam mana senior buat, tak pun pergi terus ke rumah diaorang. Lagipun diaorang yang bagi bahan tue kan? Sekurang-kurangya, konsep yang mereka guna pakai untuk menyiapkan tugasan tu aku faham. Kalau pandai, taklah perlukan extra tutorial dengan mereka.Ini, baik punya nak ambil, tak kenalah tue. Pada yang terasa, perlu ke aku minta maaf? tak rasanya. That is our reality life in campus. Cuma yang aku pegang.. Bapak aku la kan selalu cakap.. Apa yang kita buat, kena tanggunglah akibatnya. Aku tak sanggup kehidupan aku selepas ini tak berkat gara-gara perkara yang orang pandang enteng nih lebih-lebih lagi pelajar macam kita semua nih yang tak peduli apa yang terjadi, yang penting kerja siap kan? Kalau nak hidup kita berkat, fikir-fikirkanlah. Kalau ada yang berjaya dekat luar sana dengan mengaplikasikan teknik yang disebut sebelum ini, tak sempurna sebenarnya hidup dia. Bezanya, samada nampak jelas di bumi tuhan yang nyata ini, atau di akhirat kelak. Wallahualam.

Jangan dah terantuk baru nak terngadah, jangan dah baling batu, sorok tangan pulak.. Manusia yang unpredictable.

No comments:

Post a Comment