Monday, October 26, 2009

Demam exam.. Demam segala-galanya

Aku baru tiba dari Johor sekitar jam 2petang tadi. Hurmmmmm... Malas betul! Perkara paling malas untuk dilakukan mengemas barang-barang untuk balik ke kolej, even aku tak bawak apa pun.. Hanya lappy sahaja. Hati lebih lapang setelah pulang dari kampung. Dengan kadar segera aku bertemu dengan advisor untuk thesis yang baru bloeh proceed to the next stage; distribute my questionnaire to my respondents.Manalah nak cari hujung-hujung semester nih. Masing-masing sibuk membuat persediaan untuk exam yang akan bermula minggu ini. Aku pulak? Macam biasa. Macam tak ada apa-apa berlaku.

Macam mana nak elakkan diri daripada ditipu?
Macam mana nak elakkan diri dari disusahkan oleh manusia yang tak berhati perut?
Macam mana nak elakkan diri daripada menderita, hati disakiti, dikecewa dan dibenci?
Macam mana nak sukses dalam apa yang kita lakukan?

Sunday, October 25, 2009

HATI YANG TIADA GALANG GANTI

Masalah yang datang bertimpa-timpa kali ini membuatkan aku hampir tersungkur. Nekad mengambil perjalanan pulang ke kampung halaman setelah kuliah terakhir habis petang Jumaat kelmarin. Ada lagi tugasan yang masih dalam proses yang entah bila akan berjaya aku selesaikan jika keadaanku terus-terusan begini. Balik rumah mendamaikan sedikit jiwa yang berkocak dek manusia dan keadaan sekeliling. Semakin ramai manusia yang ku kenal, semakin aku tak faham apa kehendak hakiki makhluk tuhan yang bernama manusia. Aku mempunyai seorang teman yang menyambung pelajarannya di UTM Skudai selangkau jauh dariku. Bekerja dengan badan berkanun yang penuh dengan disiplin dan arahan, takkan aku yang masih belum bekerja tak boleh buat kan? Hurmmmmm.. Seronok rasanya.. So.. Aku mengambil keputusan nekad aku akan mengikut jejak langkah teman tersebut. Jodoh? hurmmmmmm.. Jodoh lagi.. Kenapa la, huhu... Topik yang sering dibicarakan oleh teman-teman sekuliah terkadang aku mencelah juga. Datang bertemu ayahandaku jika benar suka. Itu lebih baik, dan lebih tepat bagiku. ok.. Enjoy this music. Lagu "Matahariku" terlalu sedih.. Y not.. this.. i love this song.. and now i am into late Rafeah Buang's songs. You can feel it; the soul~




With love..

Thursday, October 22, 2009

BILAKAH SEMUANYA AKAN SELESAI?

Kekalutan mnejerut suasana di sini sekarang. Tegang, tangisan, tekanan, amarah.. Aku sendiri tak terkecuali. Tekanan Maha Hebat ini membuatkan mulut aku begitu ringan membidas atau meluahkan apa yang terbuku di hati tanpa berfikir panjang. Terima kasih buat seorang teman yang mengingatkan aku agar tidak kufur dengan nikmat yang telah dianugerahkan kepadaku.Tersentak sebentar sebenarnya sehingga menitis kristal halus di mata. Terima kasih teman atas peringatan tersebut. Tekanan datang semuanya serentak. Dikala orang lain sibuk mahu menyiapkan tugasan seawal yang mungkin, sebahagian daripadanya sanggup melakukan tugasan yang perlu dilakukan dalam masa dua bulan dengan hanya melakukannya dalam masa sehari. Rasa-rasanya itu kerja berani? Kamikaze? Atau bodoh tahap kegabanannya yang entah berapa kali ganda? Bagi aku jawapannya yang ketiga. Sebab, boleh dipastikan ke tugasan terutamanya projek berkumpulan yang perlu menggunakan multiple software atau program akan berjalan dengan lancar tanpa masalah debug ke.. Apa sahaja masalah la.. Kecuali, dah siap sedia gunakan projek tinggalan senior semester lepas.. Alahai.. Tak perlulah buat-buat tersentak ataupun melopongkan mulut. Dah jadi kebiasaan kepada pelajar di IPT buat kerja nih kan? Malahan expert. Kalau nak edit-edit tu mungkin boleh diterima lah. Tapi kalau dapat spesies yang ambil sebiji serupa cuma tukar nama dan nombor kad pelajar macam mana? Hebat bukan? tapi sesungguhnya aku tak faham. Perlu ke?Pengalaman sendiri, seorang teman beria-ia bertanya bila mahu memulakan tugas, teman yang ditanya ini akan mencebikkan muka sambil meminta tugasan tersebut dilakukan kemudian. Paling seronok, kalau teman tersebut menghantar pesanan ringkas, dan reaksi yang dibuat oleh teman yang menerima pesanan tersebut dapat dilihat jelas oleh si penghantar pesanan dengan jelas,Hurmmm.. Manusia yang pelbagai, maka macam-macamlah ragamnya.

Aku bukanlah baik sangat. Ada juga tengok macam mana senior buat, tak pun pergi terus ke rumah diaorang. Lagipun diaorang yang bagi bahan tue kan? Sekurang-kurangya, konsep yang mereka guna pakai untuk menyiapkan tugasan tu aku faham. Kalau pandai, taklah perlukan extra tutorial dengan mereka.Ini, baik punya nak ambil, tak kenalah tue. Pada yang terasa, perlu ke aku minta maaf? tak rasanya. That is our reality life in campus. Cuma yang aku pegang.. Bapak aku la kan selalu cakap.. Apa yang kita buat, kena tanggunglah akibatnya. Aku tak sanggup kehidupan aku selepas ini tak berkat gara-gara perkara yang orang pandang enteng nih lebih-lebih lagi pelajar macam kita semua nih yang tak peduli apa yang terjadi, yang penting kerja siap kan? Kalau nak hidup kita berkat, fikir-fikirkanlah. Kalau ada yang berjaya dekat luar sana dengan mengaplikasikan teknik yang disebut sebelum ini, tak sempurna sebenarnya hidup dia. Bezanya, samada nampak jelas di bumi tuhan yang nyata ini, atau di akhirat kelak. Wallahualam.

Jangan dah terantuk baru nak terngadah, jangan dah baling batu, sorok tangan pulak.. Manusia yang unpredictable.

Monday, October 19, 2009

Bebanan Maha Hebat kurasakan saat ini. Semua masalah timbul serentak; tak terfikir semua itu akan muncul sekarang. Kewangan, peribadi, perhubungan dengan orang sekeliling.. Aduhai.. Sesungguhnya tuhan memberikan dugaan kepada hambaNya yang mampu menangani dan mendepaninya. Tapi.. YA Allah.. Minggu ini merupakan minggu terakhir kuliahku. Tapi, research paper aku masih tak ada perubahan. Masih belum boleh distribute Q.. Sedangkan rakan-rakan yang lain dah siap membuat hard cover. Aku nih dah la respondentnye terdiri daripada final semester students.. mane aku nak cekau deowang bila dah habis semester nih?? ya Allah.. Allahu Rabbi.. Tak termasuk masalah-masalah lain.. YA Rahman.. Kuatkan diri ini.

Thursday, October 15, 2009

MURAHNYA LAFAZ CINTA DAN SAYANG...

Apa nilai rasa sayang dan cinta di mata lelaki? Ayat membuai memang kepakaran mereka kan? aku sungguh tak faham. tak pernah bersua muka, hanya melalui gambar, sedikit elaboration di page masing-masing, hanya mengenali antara satu sama lain melalui online dah boleh meluahkan rasa cinta dan sayang? Macam mana tu?Aku sungguh tak faham dengan situasi ini.

Yea.. Statement cinta itu buta sudah lama diguna pakai sejak daripada zaman dahulu lagi. Walau bagaimanapun, kalau zaman dahulu pun, sekurang-kurangnya mereka bertemu dahulu barulah berani meluahkan rasa cinta. kalau tak pun, simpan sendiri.. Maaflah kalau statement aku nih salah tapi itu berdasarkan apa yang aku perhatikan. Begitu mudah cinta dilafazkan. Murahnya.. Anda boleh yakin 100% individu yang anda kenali secara online itu memberikan perincian yang jujur mengenai dirinya kepada umum? oh... Mungkin dalam 10 orang, nak dapatkan seorang yang benar-benar jujur pun susah kan..? Baiklah.. Masalah ini bukan sahaja dilakukan lelaki, perempuan pun sama juga. Salahnya? Salah satu pihak melayan dan mudah sangat terpengaruh. Perempuan pula? Mudah sangat dibuai dengan kata-kata sayang dan cinta daripada buaya-buaya siber. Ada segelintir yang ikhlas dalm perhubungan, tapi macam mana nak memastikan kita dapat yang benar-benar ikhlas? Kenali dahulu sebelum membuat keputusan melulu yang akhirnya memalukan diri sendiri. Ayat standard yang kita dengar, si dia konon-kononnya tidak memandang paras rupa.. Ok.. Apa kata ajak berjumpa. Tapi.. Nak jumpa pun panda-pandai la menyusun strategi takut nanti lain pula jadinya sebelum berjumpa kan? Bawaklah kawan ke.. Apa-apa perancangan. Untuk keselamatan diri sendiri juga kan.. Agak-agak selepas berjumpa, dia mahu hubungi kamu lagi tak??  Lebih baik sakit sekarang, daripada menderita dikemudian hari kawan-kawan. Jangan terlalu mudah menyerahkan butir peribadi pada individu yang anda tak pernah jumpa pun sebelum ini. Sedangkan depan mata pun boleh terjadi pelbagai petaka, inikan pula yang boleh hilang macam biskut Chipsmore.. hahaha~

Dua-dua pihak sama je..


Sunday, October 11, 2009

Orangku.. Bangsaku.. Agamaku..

Jari jemari rasa gatal nak menulis dalam blog nih lagi, huhu.. macam weekend yang lepas, aku hanya duduk di kolej menyiapkan tugasan yang masih belum selesai lagi, aduhai.. Tak apa la.. Yang penting, semua tugasan sedang berjalan serentak, insyaALLAh dapat dihantar plus present on time, hehe.. Perancangan asalnya hari ini nak masak nasi ayam tapi nampaknya apa yang dirancangkan tak kesampaian la.. Kempunan aku, hahaha.. Sowang je kat rumah ni.. Sape je nak makan kalau buat?

Sambil menyelam, kenala minum air kan? Dalam pada menyiapkan Multimedia, Library Planning Project,membetulkan thesis, plus buat dialog mandrin, sempat lagi aku online. Hurmmmmmm.. Bosan sebab tak bergerak ke mana-mana. Apa yang aku dapat? aha.. Aku nampak, penampilan luaran seseorang tu tak la menggambarkan siapa dia yang sebenarnya. Aku bukan nak menidakkan hukum menutup aurat, wajib tanpa bantah 2.. Maksud aku sekarang nih, dah nama pun alam maya kan.. Lebih-lebih lagi yang melibatkan social network, tak kira la apa pun social network yang terlibat tu.. Sekali buka page sesetengah individu, aduhai.. Tak tahu la apa nak jadi manusia zaman sekarang nih. tak ada rasa malu ke tayangkan apa yang tak sepatutnya ditayangkan? Bukan nak menunjukkan aku nih baik ke apa.. Tapi, kalau difikir lebih dalam, di mana nilai dan harga diri mereka? Kita letak tepi jantina. Islam, tapi.. Hurmmmmm.. Entah la.. Malu bila lihat balik semua tu. Kebebasan berbicara, pergaulan mahupun hidup perlu ada batasnya, tak semuanya boleh bebas. Hidup di dunia nih kena ada peraturan, kalau tak hidup manusia huru hara la jadinya.

Tak salah bergaul, join social network yang melambak-lambak boleh diikuti secara online. Selain tambah kenalan, macam-macam aktiviti boleh diperoleh secara online kan? aku faham semua tu.. Tapi nak kena gaya la. Orang Melayu pula sangat lah mudah terikut-ikut dengan apa yang dibuat oleh orang luar. Apa perlunya mengikut semua tu? Ikut zaman?? Alahai.. Alasan paling tak munasabah dan terlalu tipis untuk diterima. Kemodenan tak seharusnya bermaksud menggadaikan maruah diri di mata orang lain. Kalau dah tunjuk segala-galanya, apa lagi yang tinggal pada diri sendiri untuk dibanggakan? Fikir la.. Dalam banyak-banyak hal, kenapa mesti diikut perkara yang dah sah-sah menjatuhkan maruah diri sendiri? Kenapa tak ikut perkara elok yang dibawa mereka? Belajar setinggi yang boleh.. Sedaya dan semampu yang mungkin. Ini tak.. Sebut pasal belajar, orang kita pasti mencebik. Kenapa? Tak takut ke suatu masa nanti kita sendiri akat melukut di tanah air sendiri andai kesedaran tu tak wujud daripada sekarang? Apa yang aku perhatikan, kita terlalu sensitif dengan hal-hal yang bagi aku kalau orang dah sebut-sebut tak perlu la sampai nak melenting tak tentu fasal. Lakukan sesuatu untuk menutup mulut mereka.

Doaku hanya satu.. Sedarlah bangsaku daripada lena yang panjang!

Friday, October 9, 2009

WHO IS BEHIND MAWAR MELATI...


korang agak2 sapew nih?? hehe.. nih la parents aku.. Insan yang paling banyak berjasa dalam memastikan anak-anak; darah daging mereka cukup bekalan dunia dan akhiratnya..





Mereka pula? Adik-adik kesayanganku.. Dari kiri Khairunnisa', Fasehah, dan Ahmad Syahmi.



Its hard to get what i had now. Without them, i will not be strong like now... Thank you very much Bonda and Ayahanda...

Friends.. you too.. tQ..

TUGASAN DAN MASA MENDESAK

Dalam minggu-minggu terakhir semester, semua orang dok sibuk pulun siapkan assignment masing-masing di saat-saat terakhir. Waktu inilah masing-masing konon-kononnya mahu menunjukkan betapa rajinnya mereka walaupun hakikatnya semuanya dilakukan kerana terdesak. Jika 2 atau 3 bulan yang lalu masih mampu merayau dan enjoy tak tentu pasal, bulan ini pula merupakan bulan yang paling mengesankan kepada student di kampus. salah sendiri sebenarny.. Tugasan dah diperoleh sejak dari awal lagi.. Ada sesetengah lecturer menyerahkan tugasan seawal mereka memulakan kuliah di minggu kedua atau ketiga. Atas alasan mendahulukan yang perlu dihantar dahulu,tugasan yang paling awal akhirnya diletak tepi hinggalah tempoh masa untuk menyerahkan tugasan tersebut berbaki beberapa hari.

Dalam waktu ini jugalah semua emosi akan terserlah dengan jayanya tanpa rasa segan ke.. takut kecilkan hati kawan ke.. Sifat mementingkan diri mula keluar. Balas membalas kutukan atas pelbagai sebab remeh, dan pada masa yang sama bodekology lecturer menjadi modal kepada pelajar bagi melepaskan diri, hahahaha.. Aku nih pulak failed bab membodek bodek nih,tambah-tambah lagi dengan lecturer. Aku seperti statement di atas juga sedang giat menyiapkan saki baki tugasan yang diberikan sejak awal, tapi cuba disiapkan dalam tempoh yang singkat. Betapa hebatnya kami sebagai pelajar mampu melakukan beberapa tugasan yang memerlukan akalnya berfikir dengan ligat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap tugasan yang diberikan sekaligus. Hebat kan?? hurmmmmmmmm.. Bagi aku la.. Student nih memerlukan sesuatu yang boleh boost keinginan mereka menyiapkan tugasan on time dan dalam memenuhi kriteria yang diperlukan oleh lecturer.

Saturday, October 3, 2009

Penatnya...

Sejak habis cuti raya hari tu, kerja... melambak2.. Tak larat rasanya, aduhai...Habis cuti, maknanya semua assignment, individual, grouping.. semua kena present.Sekarang nih di hadapan lappy kesayanganku tengah mencari material untuk subject library planning.. ahad nih test multimedia.. next week, oral test 4 mandrin, following by semua subject presentation, quiz, test, etc..situasi sekarang? i am dying!! uwa... haiz.. apelah aku nih..

kawan2.. tulun2...