Thursday, September 17, 2009

Rabu, 16 September, 2009.

Sendiri lagi aku malam nih. Roomate aku sejak semalam lagi dak bertolak ke Kedah . Tinggal bertiga sahaja di rumah ini. Ingatkan dah boleh bergerak pulang ke Johor pagi tadi. Namun apakan daya, dah namapun tumpang kereta orang, perlu fahami situasi orang yang memandu. Kasihan pulak dia bila kepenatan. Berbekalkan hanya lesen P, tak beranilah nak drive dari Shah Alam sampi Johor, haha.. Aku naik kereta, memang dah tak ingat apalah, hehe.. Rindu dengan rumah, adik-adik, ibu, ayah. Tiap kali sebut pasal kedua ibu bapaku mudah betul tubir mataku digenangi air. Walaupun ayahandaku sangat garang masa aku kecik2 dulu, makin aku meningkat dewasa, makin rapat aku dengan ayah. Ayah adalah kaunselor terhebat kami. Dia juga lelaki terhebat dalam hidupku hinggakan aku tak tahu bila tibanya masaku nanti, dapatkah aku lelaki seperti ayah sebagai suami? Bersyukur aku mempunyai bonda semulia ibu. Beliau adalah orang yang banyak bersusah payah membesarkan kami 4 beradik, melayan kerenah tiap sorang yang pelbagai ragam, sabar mendengar rungutan, dan melayani hampir setiap permintaan kami yang berpatutan baginya. Andai tiba masaku nanti, dapatkah aku bersabar dan penyayang seperti ibu? Dapatkah rumah tanggaku bahagia seperti mereka? Bercinta selepas berkahwin, hurmmmmmm…Setelah 24 tahun, ayah dan ibu tetap bahagia. Segarang-garang ayah, romantic jugak. Ringan tulang. Kaunselor merangkap tempat rujukan hal-hal berkaitan agama yang ada masa kami masih kabur. Seiring peningkatan usia, ayah dah tak segarang dulu, huhu.. Sediam-diam ibu, kelakar jugak. Boleh pecah perut kalau dia mulakan lawaknya. Persamaan mereka? Serasi bersama, masih berpimpin tangan kalau berjalan. Kalau keluar satu family, ayah selalu cakap, “Pergi jauh2.. Ayah nak dating dengan ibu…” hahahahaha.. Aku amat bersetuju dengan apa yang telah Ustaz Saiful katakan dalam bukunya “Bercinta Sampai Syurga”, susulan buku bagi “Aku Terima Nikahnya.” Bagi yang belum pernah membacanya, apa kata korang baca?

Chea sibuk telefon dua hari lepas. Tanya nak bagi cookies rangup nak letak apa? Terkejut betul. Adikku yang ketiga nih memang unpredictable orangnya. Selalunya, dialah yang paling liat turun ke dapur. Paling rajin pun, tolong siapkan bahan atau tolong basuh mana yang patut. Ada jugalah dia memasak, hehe.. Jahat betul kakak dia nih. Maaf sayang. hei.. Chea..Chea.. Seperti kebiasaan sepanjang Ramadhan, aku akan menelefon rumah dan bertanyakan juadah berbuka. Hari ini ibu memberitahu adikku mempromosikan Famous Amous cookies yang kami beli semasa lepak bersama minggu lepas. Ranguplah...Itulah..Inilah.. “Tapi mahal....” katanya, hahaha.. Sebab tu dia berkobar-kobar nak buat Famous Amous Cookies versi Fasehah agaknya. Yummmy... Tak sabar nak balik. “jaga2 Chea.. Habislah cookies awak nanti, haha..

Aku baru selesai membaca buku motivator terkenal, Dr.HM Tuah Iskandar al-haj; Motivasi diri wanita: Membina hati bahagia. Hurmmmmmm.. Sangat bagus. Mampu memberikan persepsi baru mengenai penerimaan diri seorang wanita dan bagaimana menghargai diri bagi yang bergelar HAWA. Bagi aku, lelaki pun wajar baca buku nih juga.. Tak semua lelaki tahu apa yang perempuan nak, macam tu juga perempuan. Tak semuanya perempuan tahu apa yang orang lelaki nak. entahlah... Mintak2 apa yang aku cuba corakkan berkaitan masa depan aku nih, akan memberikan pulangan, amin.. Oh ya... Aku baru nak membaca bahan bacaan baru. Usai sahaja, aku akan ceritakan, huhu...

Very interesting!

No comments:

Post a Comment