Saturday, September 12, 2009

Peralihan usia dari kanak-kanak, gadis, dan wanita

Selaku anak sulung dalam keluarga dan cucu sulung sebelah ayah, perjalanan hidupku dipenuhi dengan disiplin agar segala-galanya berjalan lancar. Anak kepada seorang polis dan guru, disiplin amat dititik beratkan dalam keluarga ini. Masa kecil dulu, memang agak tertekan juga bila segala salah adik-adik aku yang terpaksa tanggung. Satu gelas pecah, aku yang akan disesah dahulu sebab tak pandai menjaga adik. Waktu tu, aku rasa semuanya banyak menyebelahi adik-adik berbanding aku selaku anak sulung. Tapi lama-kelamaaan, perasaan tidak puas hati yang sekian lama dipendam akhirnya hilang begitu sahaja sebab acap kali perkara sama berlaku dan aku belajar menerima seadanya situasi tersebut. Ibu bapaku tidak membezakan kasihnya antara tiap anak-anak tapi biasalah. kanak-kanak pada usia ini biasanya merasakan sebaliknya bila adik-beradik yang lain dibela. Masalah kesihatanku bermula sejak aku berusia 3 tahun dan berlarutan sehinggakan hospital merupakan rumah kedua bagi aku.

Daripada kanak-kanak, aku berubah menjadi gadis remaja. dalam tempoh masa ini, kehidupan aku sedikit terjejas disebabkan masalah kesihatan yang berlarutan sejak kecil. Kalau di sekolah, aku digalakkan tidak hadir ke sekolah walaupun hanya sekadar batuk biasa. Kalau kawan-kawan yang lain seronok bersukan, sertai pelbagai aktiviti lasak, aku hanya menjadi pemerhati setia di tepi padang. Guru-guru di sekolah tidak berani menanggung risiko membenarkan aku menyertai sebarang acara sukan ketika itu. Ketika memasuki tingkatan satu, salah satu aktiviti yang aku sertai menyebabkan lutut sebelah kiriku mengalami masalah sehinggakan akhirnya menjejaskan kedua-dua lututku disebabkan lutut sebelah kanan terpaksa menanggung beban berat badanku ketika lutut kiriku sakit. Rawatannya? physioteraphy dan aku tak dibenarkan menyertai apa-aktiviti yang melibatkan fizikal selepas itu. Cuba bayangkan remaja seusiaku waktu itu seronok bersukan, melakukan aktiviti yang mereka sukai sedangkan aku? hanya menjadi gadis pasif, yang dalam dirinya berkobar-kobar ingin melakukan perkara yang sama sebagaimana rakan-rakannya yanga lain. Pada usia ini jugalah, masalah kesihatanku semakin teruk. Exema yang aku alami menyebabkan aku tiada rakan karib kerana mereka geli melihat keadaan kaki dan leherku. Diriku sendiri tidak selesa dengan situasiku diwaktu itu apatah lagi mereka. Sering batuk, selesema tak henti, setiap bulan pasti seminggu aku akan berada di hospital kerana masalah kesihatan.

Keadaan yang terus-terusan ini menyebabkan aku menjadi terlalu rendah diri dengan keadaan tersebut. Aku tak berani tampil kedepan ketika diminta berbuat demikian, aku hanya menjadi pemerhati dan kerap termenung. Nasib baik sejak dari sekolah rendah aku bersekolah di sekolah perempuan. Sekurang-kurangnya rasa rendah diri ini sedikit sebanyak tidak terlalu menjejaskan diri sendiri. aku seorang yang banyak cakap sebenarnya ketika itu, tetapi keadaan mengubah diriku sedikit demi sedikit dan menjadikan aku seorang yang hipokrit. Aku tak tahu pada siapa harus aku luahkan apa yang terbuku dalam hati ketika itu. Keadaan itu menyebabkan aku lebih mudah sakit dan akhirnya aku waktu aku berumah di hospital semakin panjang. Namun begitu, ketika di tingkatan 4, aku belajar sekelas dengan seorang gadis India yang agak gila-gila, suka ketawa, dan kadang-kala membuat lawak bodoh sehingga aku boleh ketawa mengalirkan air mata. kami akhirnya menjadi kawan baik sehingga kini. Vidyasheela Sritharan.. Dia seorang rakan berlainan agama yang mampu menerima aku sebagai seorang kawan seadanya diriku. Pendengar yang setia waktu susah dan senang. Selepas tingkatan 5, ayahnya dinaikkan pangkat dan keluarga mereka berpindah ke Kedah waktu itu. Kami masih berhubung melalui telefon, surat, dan email sehingga sekarang.
Aku meneruskan pengajianku ke tingkatan 6 di sekolah yang sama, SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar. Ketika di tingkatan 6, aku mula rapat dengan 4 orang gadis manis. Aqilah Arshad, Fazliana Jamil,dan Norshahida Musa. Mereka menjadi pendorong untuk aku memperbaiki diri, belajar sama-sama, segalanya dilakukan bersama. Oh ya.. Hampir terlupa aku pada seorang lagi rakan yang amat mengambil berat, Joan Chia. Maaf teman. Walau bagaimanapun, ujian sekali lagi datang pada 15 Oktober, 2005. Di saat umat Islam menjalankan ibadah puasa, aku terlantar di ICU kerana diserang asthma di rumah. Apa yang aku ingat, aku baru menyapu rumah dan menyiapkan pisang tanduk untuk dibuat kerepek. Dadaku semakin sesak tetapi aku tidak menjangkakan bahawa keadaan akan menjadi semakin teruk. Aku semakin susah untuk bernafas. Aku mula berasa sejuk, tapak tangan, tapak kaki, dan bibir berubah menjadi biru disebabkan kekurangan oksigen di dalam badan. Apa yang mampu aku lakukan ketika itu, menghubungi ibu di sekolah. Aku hanya mampu memberitahunya aku sudah tidak tahan dan selepas itu aku tidak tahu apa yang berlaku. Aku terlantar selama 4 hari di ICU. Pada hari ketiga, aku sudah mampu membuka mata namun tidak mampu melakukan apa-apa. Sepanjang tempoh koma, aku hanya mampu mendengar ibu bapaku membacakan Yassin, kata-kata rangsangan daripada mereka, rangsangan dari saudara-mara, rakan-rakan sekolah. Terima kasih semua.Hari kelima, aku dipindahkan ke CCU. Ketika itu aku sudah sedar sepenuhnya namun tidak mampu melakukan apa-apa. Hanya mampu melihat. Ketika itu, aku melihat perubahan bapaku. Betapa susutnya badan dia. Ibu juga sama. Setelah 10 hari di hospital, akhirnya aku dibenarkan keluar. Semenjak kejadian tersebut, aku telah memasang janji bahawa selepas ini, aku tak mahu lagi melihat air mata kesedihan pada tubir mata mereka mereka kerana keadaan aku. Cukuplah aku menyusahkan mereka sejak aku dilahirkan. Aku yang sulung, maka aku wajib tahu tanggungjawab aku selepas ini.

Kini, aku di tahun akhir pengajian di UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana. Tinggal lagi satu semester lagi aku akan menamatkan pengajian di sini. Pengalaman baru apabila melangkahkan kaki ke sini. Target aku sekarang? peroleh ijazah dan kerja. % tahun akan datang? aku nak sambung master, haha.. InsyaALLAH...




Terima kasih ibu ayah.. Sesungguhnya kalian adalah segalanya dalam hidupku.

2 comments:

  1. ?? Dude.. i didn't know u wrote this.. my employers have read it.. :S

    ReplyDelete
  2. Your employers read my blog? hire me pleaseeee.. hahahaha! thank you for reading peep! :)

    ReplyDelete