Thursday, September 17, 2009

Rabu, 16 September, 2009.

Sendiri lagi aku malam nih. Roomate aku sejak semalam lagi dak bertolak ke Kedah . Tinggal bertiga sahaja di rumah ini. Ingatkan dah boleh bergerak pulang ke Johor pagi tadi. Namun apakan daya, dah namapun tumpang kereta orang, perlu fahami situasi orang yang memandu. Kasihan pulak dia bila kepenatan. Berbekalkan hanya lesen P, tak beranilah nak drive dari Shah Alam sampi Johor, haha.. Aku naik kereta, memang dah tak ingat apalah, hehe.. Rindu dengan rumah, adik-adik, ibu, ayah. Tiap kali sebut pasal kedua ibu bapaku mudah betul tubir mataku digenangi air. Walaupun ayahandaku sangat garang masa aku kecik2 dulu, makin aku meningkat dewasa, makin rapat aku dengan ayah. Ayah adalah kaunselor terhebat kami. Dia juga lelaki terhebat dalam hidupku hinggakan aku tak tahu bila tibanya masaku nanti, dapatkah aku lelaki seperti ayah sebagai suami? Bersyukur aku mempunyai bonda semulia ibu. Beliau adalah orang yang banyak bersusah payah membesarkan kami 4 beradik, melayan kerenah tiap sorang yang pelbagai ragam, sabar mendengar rungutan, dan melayani hampir setiap permintaan kami yang berpatutan baginya. Andai tiba masaku nanti, dapatkah aku bersabar dan penyayang seperti ibu? Dapatkah rumah tanggaku bahagia seperti mereka? Bercinta selepas berkahwin, hurmmmmmm…Setelah 24 tahun, ayah dan ibu tetap bahagia. Segarang-garang ayah, romantic jugak. Ringan tulang. Kaunselor merangkap tempat rujukan hal-hal berkaitan agama yang ada masa kami masih kabur. Seiring peningkatan usia, ayah dah tak segarang dulu, huhu.. Sediam-diam ibu, kelakar jugak. Boleh pecah perut kalau dia mulakan lawaknya. Persamaan mereka? Serasi bersama, masih berpimpin tangan kalau berjalan. Kalau keluar satu family, ayah selalu cakap, “Pergi jauh2.. Ayah nak dating dengan ibu…” hahahahaha.. Aku amat bersetuju dengan apa yang telah Ustaz Saiful katakan dalam bukunya “Bercinta Sampai Syurga”, susulan buku bagi “Aku Terima Nikahnya.” Bagi yang belum pernah membacanya, apa kata korang baca?

Chea sibuk telefon dua hari lepas. Tanya nak bagi cookies rangup nak letak apa? Terkejut betul. Adikku yang ketiga nih memang unpredictable orangnya. Selalunya, dialah yang paling liat turun ke dapur. Paling rajin pun, tolong siapkan bahan atau tolong basuh mana yang patut. Ada jugalah dia memasak, hehe.. Jahat betul kakak dia nih. Maaf sayang. hei.. Chea..Chea.. Seperti kebiasaan sepanjang Ramadhan, aku akan menelefon rumah dan bertanyakan juadah berbuka. Hari ini ibu memberitahu adikku mempromosikan Famous Amous cookies yang kami beli semasa lepak bersama minggu lepas. Ranguplah...Itulah..Inilah.. “Tapi mahal....” katanya, hahaha.. Sebab tu dia berkobar-kobar nak buat Famous Amous Cookies versi Fasehah agaknya. Yummmy... Tak sabar nak balik. “jaga2 Chea.. Habislah cookies awak nanti, haha..

Aku baru selesai membaca buku motivator terkenal, Dr.HM Tuah Iskandar al-haj; Motivasi diri wanita: Membina hati bahagia. Hurmmmmmm.. Sangat bagus. Mampu memberikan persepsi baru mengenai penerimaan diri seorang wanita dan bagaimana menghargai diri bagi yang bergelar HAWA. Bagi aku, lelaki pun wajar baca buku nih juga.. Tak semua lelaki tahu apa yang perempuan nak, macam tu juga perempuan. Tak semuanya perempuan tahu apa yang orang lelaki nak. entahlah... Mintak2 apa yang aku cuba corakkan berkaitan masa depan aku nih, akan memberikan pulangan, amin.. Oh ya... Aku baru nak membaca bahan bacaan baru. Usai sahaja, aku akan ceritakan, huhu...

Very interesting!

Tuesday, September 15, 2009

Your opinion about rejection...

Tenang betul rumah hari nih.. Sume dok study, aku jelah dok sibuk dengan blog.. Nak siapkan assignment en Mus, nantilah dulu.. Kowang jangan ikut macam aku pulak.. hahaha.. Kelas Computerized Cataloguing habis pukul 10 td. Penatnya. Tapi, kelas nih la yang aku paling sayang. Seronok! Agak banyak jugak la yang kami dah belajar. Apa yang paling aku risau sekarang nih, aku punya research paper. Dah lebih dari sebulan aku tak dapat nak jumpa dengan advisor aku. Sentiasa sibuk. Tiap kali called.. Im so sorry. Im outstation and need to attend conference, etc... Hurmmmmmm.. Aku belum distribute Q lagi. So, tak dapatlah nak siapkan apa2 kerja yang sepatutnya dah berjalan dari awal. Takut bila tengok budak-budak nih dah mulakan tugasan mereka. Aku? masih dok terkontang kanting dengan menda yang tak pasti. Susah betul! Lumrah sebagai pelajar. Telan jelah kan.. haha...

Hurmmmm.. Aku nak tanya pendapat korang mengenai perkataan "rejection".. Pengertian bagi korang "rejection" nih apa? Narrow scope.. Rejection from your friends.. Alam maya mahupun realiti. So... apa pendapat korang?

Monday, September 14, 2009

Hari ini...

Aku masih lagi macam biasa. Rutin harian tidak berubah, waktu paling tenang adalah ketika mana aku bersendirian melakukan apa-tugasan atau menyambung bacaan buku nukilan Dr.HM Tuah yang entah bila akan aku khatam membacanya. Semalam aku bergerak ke KLCC untuk bertemu seorang rakan bagi menyelesaikan masalah lappy ku yang semakin lambat gerak kerjanya.. haha.. Rakan ini hanya mentertawakan aku pabila mana aku mula menekan button start, dan lappy nih hanya mula menggerakkan gerak kerjanya setelah hampir seminit menanti. Yelah. Selama ini pun aku hanya menggunakannya bagi tujuan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, tak pun online samada mencari bahan untuk setiap tugasan. Kelembapan lappy ku menjalankan tugasannya sebab terlalu berat? hurmmmm.. Aku pun tak berapa faham istilah computer system yang beliau sebutkan. Hei... Nasib lah kena minta bantuan orang. Takkan nak buat2 pandai kan?

Selesai berbuka puasa dengan hanya roti dan sebotol air yogurt, aku segera bergerak ke Kepong. Seronok juga bila dapat membantu mengacau dodol selewat jam 11.30malam dan proses membuat dodol selesai selepas habis bersahur. Lenguh tangan.. haha.. Satu sahaja yang aku tak pasti. Apa yang aku rasa kini? Hurmmmmmmm.. Setelah apa yang terjadi sepanjang aku menuntut, pelbagai perkara terjadi dan aku mula merasa kekosongan. Option? Berjalan mengikut kehendak hati seorang diri. Alasan? Rasa lebih selesa, lebih tenang. Hurmmmmmm.. ada option lain tak yea?

Keesokan harinya(Semalam..) aku bergerak segera pulang ke Shah Alam. Dah janji dengan housemate nak rewang ramai2 untuk makanan berbuka. Mewah sungguh. Nasi lemak lengkap dengan sambal, timun, ayam goreng, telur.... ada kek batik, agar2 sirap, cempedak goreng, kuih ketayap, tak lupa juga tembikai merah dan tembikai susu. alhamdulillah... Segalanya rezeki yang tidak terhingga. kami berkongsi 8 orang untuk membeli dan memasak. hai... Masing2 nak tunjuk skill yang emak masing2 dah turunkan. Riuh-rendah rumah dibuatnya. Kami berbuka semalam dalam keadaan yang kekenyangan dan kepuasan. Hari ini pula, kami hanya makan bubur nasi berlaukkan sambal sardin, ikan puyu masin goreng, dan telur asin. Puas jugalah. Dalam minggu ini juga, kami akan memulakan cuti Hari raya bermula 17hb ini. Tak sabarnya...


Dikesempatan itu, aku nak mintak maaf pada teman2 rapat mahupun tidak andai ada terkasar bahasa, terlajak kata, terhutang harta.Manalah tahu kan. Orang yang banyak cakap macam aku nih masalahnya kadang-kala aku tak sedar apa yang aku katakan bisa menyinggung perasaan orang di sekitarku. Pohon dihalalkan makan dan minum, dimaafkan segala khilaf ya.

You Needed Me- Anne Murray

I cried a tear, you wiped it dry
I was confused, you cleared my mind
I sold my soul, you bought it back for me
And held me up and gave me dignity
Somehow you needed me You gave me strength to stand alone again
To face the world out on my own again
You put me high upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me, you needed me

And I can't believe it's you
I can't believe it's true
I needed you and you were there
And I'll never leave, why should I leave?
I'd be a fool 'cause I finally found someone who really cares

You held my hand when it was cold
When I was lost you took me home
You gave me hope when I was at the end
And turned my lies back into truth again
You even called me "friend"

You gave me strength to stand alone again
To face the world out on my own again
You put me high upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me, you needed me

You needed me, you needed me



Terjiwang karat pulak aku pagi2 nih, hahahaha.. actually, Murray nih one of my fav singer.. lagu2 dia.. evergreen. Tapi tak tahu la bagi korang macam mane pulak kan.. Enjoy this song dude...

Saturday, September 12, 2009

Di mana cantiknya wanita?

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
Bukan kerana merah kilau lipstik
Pada bibir memekar senyum kosmetik
Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
Tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
Merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
Menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
Membuai anak kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
Telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek
Menyaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
Peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
Menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.

Peralihan usia dari kanak-kanak, gadis, dan wanita

Selaku anak sulung dalam keluarga dan cucu sulung sebelah ayah, perjalanan hidupku dipenuhi dengan disiplin agar segala-galanya berjalan lancar. Anak kepada seorang polis dan guru, disiplin amat dititik beratkan dalam keluarga ini. Masa kecil dulu, memang agak tertekan juga bila segala salah adik-adik aku yang terpaksa tanggung. Satu gelas pecah, aku yang akan disesah dahulu sebab tak pandai menjaga adik. Waktu tu, aku rasa semuanya banyak menyebelahi adik-adik berbanding aku selaku anak sulung. Tapi lama-kelamaaan, perasaan tidak puas hati yang sekian lama dipendam akhirnya hilang begitu sahaja sebab acap kali perkara sama berlaku dan aku belajar menerima seadanya situasi tersebut. Ibu bapaku tidak membezakan kasihnya antara tiap anak-anak tapi biasalah. kanak-kanak pada usia ini biasanya merasakan sebaliknya bila adik-beradik yang lain dibela. Masalah kesihatanku bermula sejak aku berusia 3 tahun dan berlarutan sehinggakan hospital merupakan rumah kedua bagi aku.

Daripada kanak-kanak, aku berubah menjadi gadis remaja. dalam tempoh masa ini, kehidupan aku sedikit terjejas disebabkan masalah kesihatan yang berlarutan sejak kecil. Kalau di sekolah, aku digalakkan tidak hadir ke sekolah walaupun hanya sekadar batuk biasa. Kalau kawan-kawan yang lain seronok bersukan, sertai pelbagai aktiviti lasak, aku hanya menjadi pemerhati setia di tepi padang. Guru-guru di sekolah tidak berani menanggung risiko membenarkan aku menyertai sebarang acara sukan ketika itu. Ketika memasuki tingkatan satu, salah satu aktiviti yang aku sertai menyebabkan lutut sebelah kiriku mengalami masalah sehinggakan akhirnya menjejaskan kedua-dua lututku disebabkan lutut sebelah kanan terpaksa menanggung beban berat badanku ketika lutut kiriku sakit. Rawatannya? physioteraphy dan aku tak dibenarkan menyertai apa-aktiviti yang melibatkan fizikal selepas itu. Cuba bayangkan remaja seusiaku waktu itu seronok bersukan, melakukan aktiviti yang mereka sukai sedangkan aku? hanya menjadi gadis pasif, yang dalam dirinya berkobar-kobar ingin melakukan perkara yang sama sebagaimana rakan-rakannya yanga lain. Pada usia ini jugalah, masalah kesihatanku semakin teruk. Exema yang aku alami menyebabkan aku tiada rakan karib kerana mereka geli melihat keadaan kaki dan leherku. Diriku sendiri tidak selesa dengan situasiku diwaktu itu apatah lagi mereka. Sering batuk, selesema tak henti, setiap bulan pasti seminggu aku akan berada di hospital kerana masalah kesihatan.

Keadaan yang terus-terusan ini menyebabkan aku menjadi terlalu rendah diri dengan keadaan tersebut. Aku tak berani tampil kedepan ketika diminta berbuat demikian, aku hanya menjadi pemerhati dan kerap termenung. Nasib baik sejak dari sekolah rendah aku bersekolah di sekolah perempuan. Sekurang-kurangnya rasa rendah diri ini sedikit sebanyak tidak terlalu menjejaskan diri sendiri. aku seorang yang banyak cakap sebenarnya ketika itu, tetapi keadaan mengubah diriku sedikit demi sedikit dan menjadikan aku seorang yang hipokrit. Aku tak tahu pada siapa harus aku luahkan apa yang terbuku dalam hati ketika itu. Keadaan itu menyebabkan aku lebih mudah sakit dan akhirnya aku waktu aku berumah di hospital semakin panjang. Namun begitu, ketika di tingkatan 4, aku belajar sekelas dengan seorang gadis India yang agak gila-gila, suka ketawa, dan kadang-kala membuat lawak bodoh sehingga aku boleh ketawa mengalirkan air mata. kami akhirnya menjadi kawan baik sehingga kini. Vidyasheela Sritharan.. Dia seorang rakan berlainan agama yang mampu menerima aku sebagai seorang kawan seadanya diriku. Pendengar yang setia waktu susah dan senang. Selepas tingkatan 5, ayahnya dinaikkan pangkat dan keluarga mereka berpindah ke Kedah waktu itu. Kami masih berhubung melalui telefon, surat, dan email sehingga sekarang.
Aku meneruskan pengajianku ke tingkatan 6 di sekolah yang sama, SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar. Ketika di tingkatan 6, aku mula rapat dengan 4 orang gadis manis. Aqilah Arshad, Fazliana Jamil,dan Norshahida Musa. Mereka menjadi pendorong untuk aku memperbaiki diri, belajar sama-sama, segalanya dilakukan bersama. Oh ya.. Hampir terlupa aku pada seorang lagi rakan yang amat mengambil berat, Joan Chia. Maaf teman. Walau bagaimanapun, ujian sekali lagi datang pada 15 Oktober, 2005. Di saat umat Islam menjalankan ibadah puasa, aku terlantar di ICU kerana diserang asthma di rumah. Apa yang aku ingat, aku baru menyapu rumah dan menyiapkan pisang tanduk untuk dibuat kerepek. Dadaku semakin sesak tetapi aku tidak menjangkakan bahawa keadaan akan menjadi semakin teruk. Aku semakin susah untuk bernafas. Aku mula berasa sejuk, tapak tangan, tapak kaki, dan bibir berubah menjadi biru disebabkan kekurangan oksigen di dalam badan. Apa yang mampu aku lakukan ketika itu, menghubungi ibu di sekolah. Aku hanya mampu memberitahunya aku sudah tidak tahan dan selepas itu aku tidak tahu apa yang berlaku. Aku terlantar selama 4 hari di ICU. Pada hari ketiga, aku sudah mampu membuka mata namun tidak mampu melakukan apa-apa. Sepanjang tempoh koma, aku hanya mampu mendengar ibu bapaku membacakan Yassin, kata-kata rangsangan daripada mereka, rangsangan dari saudara-mara, rakan-rakan sekolah. Terima kasih semua.Hari kelima, aku dipindahkan ke CCU. Ketika itu aku sudah sedar sepenuhnya namun tidak mampu melakukan apa-apa. Hanya mampu melihat. Ketika itu, aku melihat perubahan bapaku. Betapa susutnya badan dia. Ibu juga sama. Setelah 10 hari di hospital, akhirnya aku dibenarkan keluar. Semenjak kejadian tersebut, aku telah memasang janji bahawa selepas ini, aku tak mahu lagi melihat air mata kesedihan pada tubir mata mereka mereka kerana keadaan aku. Cukuplah aku menyusahkan mereka sejak aku dilahirkan. Aku yang sulung, maka aku wajib tahu tanggungjawab aku selepas ini.

Kini, aku di tahun akhir pengajian di UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana. Tinggal lagi satu semester lagi aku akan menamatkan pengajian di sini. Pengalaman baru apabila melangkahkan kaki ke sini. Target aku sekarang? peroleh ijazah dan kerja. % tahun akan datang? aku nak sambung master, haha.. InsyaALLAH...




Terima kasih ibu ayah.. Sesungguhnya kalian adalah segalanya dalam hidupku.

Friday, September 11, 2009

Aku dan cinta..

Sejak zaman sekolah lagi, parents aku tak benarkan kami adik beradik bercinta selagi masih di alam persekolahan. tapi, masa tu tak rasa apa pun. lagipun dari sekolah rendah hingga tamat tingkatan enam dunia persekolahanku di sekolah perempuan. Istilah mengenali lelaki untuk dijadikan “somebody” tak terlintas dalam fikiran. Tapi akhirnya terbawa-bawa sehingga sekarang. Teman lain sibuk cari boyfriend, aku dok sibuk cari favourite novel atau buku yang aku minat, hehe.. i’m really addicted with book right now, haha..
Sendiri.. hurmmmmm… ayat… entah la… parents aku pulak dok risau pasal aku sekarang nih.. agaknya sebab nenek aku esek tanya je kowt.. entah la… kalau adik-adik perempuan aku langkah bendul pun, insyaALLAH aku akan terima dengan redha. jarak umur kami bukan jauh mana pun. setahun satu. aku yang sulung dan ada lagi 2 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. takkan nak sekat kalau ada orang dok tanya pasal adik aku kan? alah.. tak apa la.. Adalah tu jodohnya cuma belum tahu siapa. Penat bercinta tapi belum tentu si dia pasangan kita, tak seronok kan? banyak berhabis duit, masa, tenaga. yang merajuk.. perlu dipujuk.. tiap kali jumpa, perlu keluarkan duit, walau sekadar makan di mapley. bukan tak pernah mencuba, tapi dari menerima si dia kerana simpati disamping sering disakiti, lebih baik lepaskan dia pergi. nampaknya, teknik nih lebih menenangkan fikiran dari sebelum ini. later on, biarlah mereka yang lebih arif memutuskan. life must go on. cita-cita aku belum digapai lagi. parents aku belum rasa duit titik peluh aku lagi.. adik-adik belum melihat kejayaan kakak sulung mereka lagi. so, yang cinta paling penting bagi aku kini.. FAMILY. andai segala-galanya datang lebih awal, aku terima dengan tangan terbuka.
semoga diri ini dirahmati. amin..